Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ketauhi penyebab bisul yang anda perlu tahu dan cara menghindarinya

 

merawat bisul bisul melayu gadis melayu
Photo by Sam Moqadam on Unsplash

Bisul adalah masalah kesihatan pada kulit yang sering terjadi di antara kita , Berupa sepeti jarawat besar yang membonjol di kulit dan kebiasaanya berwarna merah . Bisul biasanya disertai dengan rasa sekit berdenyut-denyut kerana terdapat nanah di dalamnya .

Bahagian tubuh yang gemar di serang bisul adalah wajah ,leher,ketiak, paha dan bahagian pantat. Kerana bahagian ini biasanya terjadi geseran, peluh dan kotoran yang menumpuk. 

Namun tahukah anda apakah penyebab bisul ini sebenarnya . Di bawah ini kami menulis penyebab bisul yang seharusnya kamu ketauhi untuk mengelakkan bisul di masa akan datang.


1)FAKTOR KEBERSIHAN DIRI

Penyakit luaran pada diri manusia sebenarnya sangat berkaitan dengan soal kebersihan . Ini kerana sumber-sumber penyakit seperti bakteri,kuman dan virus tidak akan berkembang biak di Tempat yang bersih dan terjaga. Apalagi kamu seorang yang lasak melakukan aktiviti luar atau berkerja yang sering terdedah dengan kekotoran , Pastinya amat mudah terdedak dengan bakteria dan kuman.

Untuk mengelakkan jangkitan dan infaksi kuman,virus dan bakteria di tubuh kamu . Haruslah mandi secara teratur selepas melakukan sebarang aktiviti yang mengotorkan tubuh anda. Perlu di perhatikan juga tuala yang anda gunakan mestilah sentiasa bersih kerana bakteria juga boleh berkembang di tuala yang kotor dan sentiasa lembab.


2)BAKTERIA DAN KUMAN

Bakteria dan kuman ada di mana sahaja,bakteria dan kuman sangat suka dengan tubuh yang kotor dan amat mudah sekali memasuki ronga pada kulit anda . Dan apabila ia sudah masuk ke kulit anda ,Terjadilah bisul .

Perlu juga elakan kontak tubuh dengan mereka-mereka yang mengalami bisul kerana bisul amat mudah terjangkit .


3)ELEGIK

Salah satu penyebab bisul yang di ketauhi adalah elegik .Contohnya kamu elegik terhadap debu , debu salah satu sumber infeksi dan apabila terkena kulitmu, Kulitmu akan berreaksi kerana kamu elergik terhadap debu dan kulitmu dengan mudah mengalami bisul.


4)MAKANAN

Makanan membawa kebaikan juga sering membawa masalah kesihatan kepada tubuh badan manusia. Tingginya dan berlebihannya kadar protien yang kamu ambil boleh mengakibatkan ganguan pada kesihatan kulit. Daging merah,telur dan susu adalah contoh makanan yang mengandungi protien yang tinggi , jadi seharunya anda jangan mengambil makanan ini secara berlebihan dalam pemakanan sehari-hari.


5)LUKA

Jika kamu mengalami luka, haruslah jangan di biarkan luka itu terdedah kerana jika terdedah , bakteria dengan mudah menginfeksi dan masuk ke dalam jaringan rongga kulit anda  .Bakteria ini kemungkinan akan memasuki saluran darah anda sehingga boleh menyebabkan bisul di kulit anda.



Itulah antara 5 faktor yang boleh menyebabkan bisul pada kulit anda ,diharap anda mendapat manfaat di atas maklumat yang kami sampaikan dan seterusnya anda boleh mengelakkan bisul tumbuh di badan anda .

Catat Ulasan for "Ketauhi penyebab bisul yang anda perlu tahu dan cara menghindarinya"