Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lebatkan Buah lada dengan 1 bahan dapur ini - Hasil memang TERBAIK

 

Lebatkan buah lada
Lebatkan buah lada .Image by Iszarizal Ismail from Pixabay



Banyakkan Buah Lada/ Cabe - Lada padi adalah benda wajib yang mesti ada di dapur setiap rakyat malaysia .Tidak mengira bangsa mahupun agama ,lada sememangnya menjadi bahan wajib yang mesti ada dalam rumah .


Kerana tingginya permintaan lada padi , Membuatkan harga lada naik begitu tinggi sekarang. Baru 15 biji lada sudah berharga rm 2.00 . 


Itulah sebabnya, pengemar lada mula menanam lada sendiri di rumah untuk kegunaan sendiri .


Sudah tanam lada, lada tak mengeluakan buah pula ,kalau mengeluarkan buah pula, sangat sedikit, tidak cukup untuk keperluan dan kegunaan harian .



Jika anda sedang menghadapi masalah lada tidak berbuah atau kurang berbuah. Di  dalam artikel ini kami ingin kongsikan cara untuk melebatkan dan banyakkan buah lada hanya dengan menggunakan satu bahan dapur ini .




Lebatkan lada dengan ajinomoto
Lebatkan cabe dengan macin . Source image





Bahan yang kami maksudkan adalah "AJINOMOTO" . Tahukah kamu , ajinomoto bukan sahaja berguna untuk menjadi penambah rasa dalam masakan tetapi boleh kamu gunakan untuk menyuburkan lada dan melebatkan lada.



AJINOMOTO MELEBATKAN CABE/ LADA


Di dalam ajinamoto ada bahan yang di sebut "MSG"atau di sebut juga "Monosodium Glutamate". MSG apabila di tabur pada tanah tanaman akan menambah unsur tanah seperti "NATRIUM"(NA) dan "KALIUM (K). 


Unsur (k) dan (na) ini sangat penting untuk kesuburan tanah dan meningkatkan pertumbuhan pokok,sehingga jika di tabur pada pokon lada akan membuatkan lada menjadi lebih subur dan daun lada juga tidak mudah gugur.


Banyaknya unsur kalium(k) yang terkandung dalam MSG membantu lada untuk mempercepat proses pembentukan bunga-bunga baru ,sehingga bunga lada yang di hasilkan tidak akan putus-putus. 


Natrium (na) yang terkandung dalam MSG pula merangsang lada dalam proses pembungaan sehingga membuatkan kitaran buah tidak terputis, ada lada besar, lada sedang membesar, bunga yang baru berkembang dan bunga yang baru tumbuh . Ini membuatkan buah lada menjadi banyak.


Memberikan MSG juga akan meningkatkan kesuburan tanaman , Kesuburan ini akan kamu dapat lihat dengan  daun lada yang berwarna hijau berkilat.


Akar lada juga akan menjadi  lebih kuat dan pertumbuhan akar lada juga akan lebih membanyak . pertumbuhan akar yang banyak ini membuatkan lada mudah menyerap makanan di dalam tanah,yang menjadikan lada lebih subur.


Lada yang subur dari daun sehingga ke akar akan menjadikan lada lebih kebal dari sarangan hama dan penyakit . 



Penyakit yang selalu menyerang lada adalah penyakit keriting danun. Keriting daun dapat di cegah dengan menyihatkan lada. Tapi kalau lada sudah kena keriting daun memang tidak boleh buat apa la, Penyakit keriting boleh menyebabkan pokok terbantut,pembentukan bunga terhalang, buah yang di hasilkan menjadi kerdil. 


Oleh itu kenalah cegah penyakit ini dengan sihatkan lada awal-awal lagi sebelum penyakit ini menyerang . Kerana penyakit ini sangat suka pokok yang kurang subur.


Kesimpulannya dengan menggunakan MSG yang terdapat dalan ajinomoto lada akan dapat:

  1. Mengalakkan pertumbuhan bunga baru
  2. Bunga lada tidak mudah gugur
  3. Memperbanyakkan buah lada 
  4. Menyuburkan lada
  5. Menguatkan akar dan perbanyakkan jaringan akar dalam tanah
  6. Mencegah penyakit keriting
  7. Mencagah serangga perosak
  8. Mencegah kekerdilan

Namun untuk menggunakan anjinomoto sebagai baja , Haruslah dengan dos yang betul kerana jika terlebih akan membuatkan lada mati ataupun mabuk daun. 

Cara menggunakan AJINOMOTO SEBAGAI BAJA LADA

  • Sediakan botol air 1 liter
  • Masukan 5 gram ajinomoto ke dalam botol air dan campur dengan air 
  • Goncang sehingga ajinomoto cair dan sekata di dalam botol
  • Sesudah itu bolehlah siram tanaman menggunakan campuran itu

Lada yang ingin di siram mestilah lada yang sudah dewasa dan sudah mula menggeluarkan bungga .1 litter untuk 1 pokok lada . Lakukan siraman 2 minggu 1 kali .

Lakukan siraman di bahagian akar dan tanah sahaja ya , jangan terkena batang dan daun lada.

 




Catat Ulasan for "Lebatkan Buah lada dengan 1 bahan dapur ini - Hasil memang TERBAIK"