Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Tips menghapuskan dan hilangkan lipas di rumah.

6 Tips menghapuskan dan hilangkan lipas di rumah.
Tips hilangkan lipas .Image by Dirk (Beeki®) Schumacher from Pixabay 





Cara Menghapus dan Hilangkan- Sangat sukar untuk mengesan lipas di rumah atau bilik pada waktu siang semasa lipas itu masih sedikit jumlahnya, tetapi bila lipas itu sudah membiak dan beranak barulah kita mengetauhi kewujudannya .



Lipas boleh di kesan melalu baunya yang menyengat hidung apabila kita mengemas barang-barang lama di rumah, Pembiakan lipas di rumah kita juga di tandai dengan wujudnya telur lipas , Bentuk telur lipas hanya kecil berbentuk bujur dan berwarna coklat seperti badan lipas . Itulah tanda lipas sudah membiak di rumah kamu.



Biasanya lipas sangat suka untuk bersembunyi di siang hari dan akan merayap mencari makanan ketika malam hari, ketika rumah sunyi kerana penghuninya sudah tidur. Itulah mengapa lipas sukar di kesan kehadirannya pada peringkat awal.



Antara tempat persembunyian yang di sukai oleh lipas adalah.:

  • Belakang dan bawah almari dapur
  • Kotak barangan lama dan majalah lama
  • Bawah tong gas
  • Ruangan sempit dinding dan lantai
  • Di bawah tikar 
  • Di dalam peralatan yang jarang di gunakan
  • Di bawah tong gas
  • Di bawah dan dalam tong sampah
  • Paip membuangan sisa

Itulah tempat-tempat yang biasanya di jadikan sebagai tempat lipas bersembunyi, Lipas sangat suka menghampiri kawasan persembunyiannya di tempat yang senang untuk mendapatkan sumber air dan sumber makanan.



Baiklah, seperti tajuk artikel kita pada hari ini, bagaimana cara untuk menghapus dan menghilangkan lipas di rumah.




1) BERSIHKAN RUMAH.

Cara pertam untuk menghapuskan lipas dari rumah kamu adalah dengan membersihkan rumah. Membersihkan rumah di sini bermaksud, bersihkan segala sisa makan  yang jatuh di lantai dan joga longokan air perlu di lap sebelum kamu tidur.


Sisa makan dan sisa air adalah sumber makanan lipas bertahan hidup di rumah kamu. Walaupun ada pengkaji dan saintis mengungkapkan lipas adalah serangga yang mampu bertahan tanpa makan apa-apa dalam jangka waktu yang lama tapi itu cuma kajian makmal, dalam kehidupan normal pastinya lipas akan berpindah dari rumah kamu jika tiada tiada sumber makanan. 


Oleh itu memutuskan sumber  makanan lipas adalah cara yang terbaik untuk menghapus dan hilangkan lipas dari rumah kamu.







2) TUTUP TEMPAT PEMBUANG SAMPAH

Tong sampah dan sampah adalah tempat kesukaan lipas untuk mencari makanan, oleh itu sebelum tidur kamu haruslah menutup tong sampah di rumah , ini adalah untuk memutuskan makanan lipas, yang membuatkan lipas mencari tempat lain untuk mencari makan selain dari rumah kamu.


Sampah dalam tong sampah haruslah selalu di bersihkan selalu agar bau sampah tidak menarik perhatian lipas masuk ke rumah kamu.






3) MENUTUP SALURAN AIR.

Saluran pembuanga air di bilik air,sinki dan tandas adalah tempat kegemaran lipas untuk masuk ke dalam rumah kamu dan bersembunyi di dalamnnya , keluar apabila keadaan sunyi.


Oleh itu, jika lubang pembuangan air kamu tiada penutup, tutuplah menggunakan baldi atau benda yang boleh menutup saluran air ini. Selain dapat mengelakkan lipas keluar masuk secara bebas ke rumah kamu, Kamu juga dapat menghalang binatang berbisa seperti ular masuk melalui saluran ini.






4) MENGGUNAKAN KERTAS GAM

Menggunakan kertas gam yang selalu di gunakan untuk memereangkap lalat adalah cara terbaik untuk memerangkap lipas yang berkeliaran di rumah kamu , Letakkan makanan di tengah-tengah kertas ini dan lihat hasilnya di pagi hari .

Kertas pelekat lalat ini kamu boleh dapatkan dengan mudah di kedai . Harganya juga murah,jika tidak silap, hanya berharga sekitar 3-5 ringgit.






5) RACUN LIPAS

Racun yang di cadangkan bukanlah racun sebenar, racun ini selamat untuk manusia tetapi mematikan seperti racun kepada lipas. Racun yang di maksudakan adalah "baking soda " atau serbuk penaik kuih. Serbuk penaik kuih amatlah mematikan jika di makan oleh lipas.


Oleh kerana lipas suka kepada makanan manis . Kamu boleh mencampur baking soda dengan makanan manis contohnya madu dan gula dengan nisbah 50% gula 50% baking soda di gaul . 




6) BUANG BUKU DAN MAJALAH LAMA

Majalah lama dan buku-buku lama di rumah adalah tempat yang di sukai oleh lipas untuk bersembunyi, selain bersembunyi lipas ini juga memakan kertas jika tiada makanan . Oleh itu buanglah kertas-kertas lama untuk menghapus lipas di rumah kamu seterusnya membunag sumber makanannya juga.









#tips halau lipas #tips hapuskan lipas # tips bunuh lipas # tips lipas # cara lipas # bagaimana lipas

Catat Ulasan for "6 Tips menghapuskan dan hilangkan lipas di rumah."