Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nama-Nama Anak Yang Membawa Maksud Tidak Baik Dalam Islam

 

nama dalam islam, wanita islam
Photo by M.T ElGassier on Unsplash

Ibu-bapa mempunyai kewajiban untuk memberi nama yang baik kepada anak mereka . Nama yang baik adalah nama yang mempunyai maksud bagus . Terkadang nama itu sangat indah di dengar,Tapi hakikatnya nama itu mempunyai makna yang buruk .

Ramai ibu bapa yang gemar mengabungkan nama mereka untuk di berikan kepada anak mereka , Namun, adakah ia menghasilkan makana yang baik?

Sebagai contoh nama ROZANA , SUZANA atau ZANA ,indah sekali bukan jika di dengar dan di sebutkan . Tapi tahukah anda maksud dari nama itu adalah 'PENZINA'. Satu contoh lagi nama WATHI , yang membawa erti 'bersetubuh'. Kurang bagus kan makna di sebalik nama itu.oleh itu jika boleh elakan menggunakan nama tersebut.

Berikut adalah nama-nama yang mempunyai maksud yang tidak elok jika di ertikan . Haruslah elakkan menggunakan nama tersebut bagi bayi anda . Kalau dah ternama . Apa boleh buat hehe.


A
  • Abkam- Tidak celik,buta
  • Abiqah- Hamba yang lari dari tuannya
  • Amah- Hamba suruhan perempuan
  • Afinah- Yang bodoh
  • Asiah- Wanita yang derhaka
  • Asyar- Yang paling jahat
  • Asyirah- Yang tidak bersyukur keatas nikmat yang di berikan
  • Aznie- Aku berzina
B
  • Baghiah- Yang paling zalim, si jahat
  • Bahimah- Binatang
  • Bakiah- Yang menangis
  • Balidah- Yang bodoh , Terlalu bebal
  • Baqarah- Lembu Betina
  • Batilah- Yang batil, Tidak benar , Penipu

D
  • Dabbah- Binatang
  • Dahisyah- Goncang,Stress
  • Dahriyah- Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya tanpa pencipta
  • Dami ah- Yang mengalir air matanya, Penangis
  • Daniyah- Yang lemah lagi hina
  • Darakah- Kedudukan yanr rendah , Tiada mertabat 
F
  • Faji ah- Kecelakaan
  • Fajirah- Yang jahat,Yang berdosa ,Terjahat
  • Fasidah- Yang rosak,yang binasa
  • Fasiqah- Yang jahat,Si fasik, kufur
  • Fasyilah- Gagal,Kalah
G
  • Ghafilah- Yang lalai, Yang leka
  • Gahibah- Hilang, Tidak di lihat
  • Ghailah- Kecelakaan,bencana ,musibah
  • Ghamitah- Yang tidak mensyukuri nikmat di beri
  • Ghasibah- Perampas, Perompak
  • Ghawiah- yang sesat, Dia yang mengikut hawa nafsu
H
  • Haqidah- Yang dengki
  • Huzn- Kesedihan
  • Hazinah- Yang sedih
  • Hasidah- Yang hasad
J
  • Jafiah- Yang tidak suka berkawan
  • Jariah- Hamba suruhan perempuan
K
  • Kafirah- Yang kafir,yang ingkar,yang tidak beriman
  • Kaibah- Yang Sedih
  • Kamidah- Yang hiba,Yang sangat berduka
  • kazibah- Pendusta, Pembohong, Tidak bercakap benar
  • Kahbithah- Yang tidak segan silu, yang tidak mempunyai rasa malu,mengikut hawa nafsu
  • Khamrah- Arak
  • Khasirah- Yang rugi
  • Khati ah- yang bersalah , si pendosa, yang membuat salah
L
  • Laghiah-yang sia-sia,Tidak berfaedah
  • Lahab- Bara api
  • Lahifah- Yang sedih, Menyesal dan dizalimi
  • La imah- Yang tercela
  • Lainah- Yang terkutuk
M
  • Majinah- Yang bergurau senda tanpa malu
  • Majusiah-Agama menyembah api atau matahari , Menyembah alam
  • Maridah- Yang menderhaka, Tidak taat
  • Munafikah- Yang Munafik
  • Musibah- celaka,Bencana,kemalangan,malang
N
  • Najisah- Yang najis ,hodoh,kotor
  • Nariah- Api
  • Nasyizah- Yang menderhaka, melawan suami
Q
  • Qabiah- Yang buruk,hodoh,Tidak cantik
  • Qasitah- Yang melampau  batas,menyeleweng dari kebenaran
  • Qatilah- Pembunuh
  • Qazurah- Kejahatan ,Penzinaan
R
  • Rajimah- Yang di rejam,Di lakhnat
  • Razani- Kepala kemaluan lelaki
  • Razi ah- Kecelakaan, Musibah
  • Razilah- Yang keji dan hina
S
  • Safih- Manusia bodoh
  • safilah- Yang rendah dan hina
  • sahiah- Yang pelupa
  • Sharrul atau sharru- Jahat
  • Sakirah- Pemabuk
  • Sakitah- Yang jatuh,yang hina yang jahat
  • Syafihah- Yang bodoh
  • syani ah- Yang buruk
  • syaqiyah- Yang menderita
  • Syaridah- Yang di usir, di halau
  • Syariqah- Pencuri
  • Syarisah- Yang buruk akhlak
  • Syarrul Bariyyah- Sejahat-jahat manusia
  • Syatimah- Maki hamun, Sumah lakhnat
T
  • Tafihah- Karut
  • Talifah- Yang rosak, Yang binasa
  • Talihah- Yang tidak baik
  • Tarbiyah- Yang papa kedana
  • Tarikah- Anak dara tua
W
  • Wahiah- Yang lemah,yang jatuh,yang buruk
  • Wahimah- Yang lemah
  • Wahinah- Penakut
  • Wailah- Bencana,Keburukan
  • Wajilah- Penakut,pengecut
  • Waqi ah- Umpatan
  • Waqihah- Yang tidak sopan
  • Wasikhah- Yang kotor
  • Wasyiah- Yang mengumpat,Yang mengadu domba manusia
  • Wati/waty- Nama hindu(tiada makna)
  • Wathy/Wathi- Bersetubuh
Y
  • Yabisah- Yang kering,yang sedikit kebaikannya
  • Yaisah- Yang berputus asa
Z
  • Zalijah- Kebinasaan, Kemusnahan
  • Zalilah- Yang hina
  • Zalimah- Yang zalim, Kejam
  • Zaniyah- Penzina,pelacur
  • Zufafah- Racun Pembunuh


Itulah antara nama-nama yang membawa makna buruk jika di ertikan . Di harap selepas ini jikalau memilih nama anak elakkan lah menggunakan nama-nama tersebut . Alangkah eloknya jika nama yang di berikan kepada anak kamu mempunyai nama yang baik dan elok . Wallahualam














Catat Ulasan for "Nama-Nama Anak Yang Membawa Maksud Tidak Baik Dalam Islam"