Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Payudara Kendur dan jatuh ? INI 10 PENYEBABNYA

payudara melayu bertudung kendur
sebab payudara kendur. Image by Sasin Tipchai from Pixabay 





 Sebab Payudara Kendur - Ramai wanita di luar sana yang ingin memiliki payudara yang ideal , tegang , dan tidak kendur . Seperti rambut, payudara yang ideal bukan sahaja memberikan kesempurnaan kepada penampilan seseorang wanita malah menjadi daya tarik yang anggun untuk menarik perhatian lelaki .



Sebab itulah bukan sedikit di antara para wanita di luar sana berusaha ,endapatkan bentuk payudara yang menarik dan ideal . Pelbagai cara di lakukan seperti memakan supliment dan yang paling ekstrim membuat impalan payudara menggunakan silicon . 



Ada beberapa hal yang mempengaruhi saiz payudara seseorang wanita antara faktor yang paling dominan adalah Hormon ,genetik,usia,berat badan dan Gaya pemakanan . Faktor inilah yang kebiasaanya mmpengaruhi bentuk payudara wanita. 



Untuk pengetauhan umun wanita di luar sana , Payudara wanita terdiri daripada Jaringan lemak , Kelenjar fibrosa ,Saliran darah dan kelenjer ikat. Kalenjer inilah yang membentuk payudara wanita anjal dan besar . Tergangunya kelenjer ini akan memburukan saiz payudara seseorang wanita seperti  Kecil dan kendur.



Baiklah, Seperti tajuk kita pada hari ini apa saja faktor penyebab menjadikan payudara kendur dan jatuh secara tiba-tiba maupun secara beransur-ansur dalam masa yang panjang. Teruskan membaca info yang kami kongsikan di bawah ini . Jangan lupa kongsikan ke media sosial anda . Tombol share ada di bawah ,terima kasih.




Penyebab Payudara jatuh dan kendur.






1) SAIZ PAYUDARA

Saiz payudara itu sendiri boleh menyebabkan payudara seseorang menjadi kendur dan jatuh. Saiz payudara yang terlalu besar dan berat menyebabkan lebihan beban pada payudara ,yang menyebabkan payudara tertarik kebawah dan menyebabkan payudara mejadi kendur dan jatuh . 


Proses payudara jatuh kerana saiz dan berat yang berlebihan ini biasanya akan berlakuk perlahan-lahan jadi, jika anda memiliki saiz payudara yang terlalu besar dari saiz ideal , di sarankan untuk memakai bra yang dapat menampung berat payudara tersebut untuk mengelakkan ia jatuh kerana tarikan kebawah yang berlaku apabila kamu melakukkan aktiviti.


Jika kamu perhatikan , Wanita yang memliki payudara yang kecil dan ideal .Payudara mereka akan kekal maintain dan tidak jatuh walaupun mereka melakukan pelbagai aktiviti, ini kerana payudara mereka tidak berat dan tidak tertarik ke bawah saat mereka melakukan aktiviti.






2) BRA YANG TELALU LONGGAR

Memaki bra yang terlalu longgar boleh menyebabkan jatuhnya payudara seseorang wanita. Mungkin seseorang wanita itu memaki bra yang besar agar menampakkan payudaranya bersaiz besar dan lebih menarik . 


Hal ini perlu di hindari kerana fungsi bra di cipta adalah untuk menampung berat payudara, agar kekal pada posisinya . Jika kamu memakai bra yang terlalu besar pastinya akan membuatkan payudara kamu naik dan turun semasa beraktiviti. Jika terjadi dalam jangka waktu yang lama ,akan menjatuhkan payudara kamu dari posisi asalnya .


Mengikut kajian 70% wanita di dunia memakai bra yang terlalu ketata yang bepotensi mengecilkan payudara manakala 20% lagi memakai bra yang terlalu longgar yang bepotensi mengendurkan payudara. Oleh itu memakai payudara dengan saiz yang tepat dan besesuaian dengan bentuk payudara seseorang wanita itu adalah amat penting untuk mengelakkan payudara mengendur.






3) PENURUNAN BERAT BADAN

Sebab ke empat yang berpotensi menyebabkan payudara seseorang wanita itu kendur adalah penurunan berat badan. Penurunan berat badan seseorang wanita boleh menyebabkan jatuhnya payudara, ini kerana perubahan jumlah lemak yang membentuk payudara tersebut . 

Ketika seseorang wanita mengalami perubahan dari badan berisi kepada kurus secara mendadak , pengurangan lemak akan berlaku dan ini berdampak kepada payudara . kerana lemak yang membantuk keanjalan payudara menghilang ataupun terlalu sedikit untuk mengakalkan keanjalan payudara . Inilah yang menyebabkan jatuhnya payudara semasa proses perubahan saiz badan .


Sebaiknya untuk elakkan kejatuhan payudara , turunkanlah saiz badan secara perlahan-lahan agar payudara dapat sesuaikan saiznya secara perlahan-lahan , jika secara tiba-tiba pastinya system keanjalan payudara tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik .







4) KURANG PENGAMBILAN AIR PUTIH

Selain mengindari terhidrasi , mengambil air putih penting untuk mengekalkan keanjalan payudara anda, Hal ini kerana air memberikan kekuatan kepada jaringa-jaringan yang ada di tubuh manusia . Kekurangan air pastinya membuatkan kulit badan, terutamanya payudara mengendur dan jatuh .


90% fungis tubuh badan bergantung kepada cecair untuk terus berfungsi , kekurangan cecair boleh menyebabkan disfungsi pada organ-organ  dalaman dan untuk luaran pula akan menyebabkan kulit mengedut, pucat dan kendur .


Oleh itu di sarankan untuk meminum 7 hingga 8 gelas air putih sehari untuk kesihatan tubuh luaran dan dalaman.






5) GENETIK

Faktor keturunan ataupun genetik yang di turunkan dari keluarga pendahulu kamu seperti ibu dan nenek perempuan boleh di warisi oleh kamu . Faktor genetik mempengaruhi bentuk,ukuran serta kekuatan ligamen pada payudara .


Oleh itu , jika ibu kamu semasa mudanya memiliki payudara yang kendur dan sekarang kamu juga memiliki payudara yang kendur , kemungkinan kekenduran itu di warisi dari genetik . 







6) PENUAAN

Penuaan boleh menjadi penyebab kepada kehilangan keanjalan payudara, seiring pertambahan usia , Ligamen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan dan menampung berat payudara pastinya akan mengendur dan menyebabkan payudara jatuh . 






7) HORMON ESTROGEN 

Hormon estrogen adalah hormon seksual wanita yang bertanggungjawab untuk membentuk organ-organ seksual wanita , kekurangan hormon menyebabkan seseorang wanita itu memiliki payudara kecil ataupun mengendur .


Biasanya wanita akan mengalami ketidakstabilan hormon ini pada peringkat peralihan dari kanak-kanak kepada seorang wanita dewasa dan ketika seseorang wanita itu berada pada usia penuaan 45-50 tahun . 






8) SELEPAS MENYUSUI

Ketika seseorang wanita itu mempunyai anak pastinya payudaranya akan mengembang untuk menampatkan susu dalam payudara, apabila selepas tempoh menyusui telah tamat dan susu juga tiada di dalam payudara, payudara akan kosong secara tiba-tiba dan kekenduran akan terjadi. Lebihan kulit semasa akan terjadi yang menampakkan payudara wanita seperti jatuh dan kendur . 






9) MEROKOK

Seperti yang anda sedia maklum, merokok mendatangkan pelbagai kerosakan pada sistem tubuh manusia. salah satunya adalah menyebabkan payudara menjadi kendur . Merokok boleh menyebabkan kulit payudara kehilangan keanjalan kerana kerosakkan sel-sel yang di sebabkan oleh bahan kimia yang terkandung dalam rokok . 


Oleh itu jika kamu seorang wanita yang merokok , tinggalkan lah kebiasaan itu kerana merokok boleh menyebabkan payudara kamu jatuh . Akibatnya bukan sahaja pada payudara tetapi pada seluruh tubuh kamu , seperti kulit terlihat pucat, kendur,tua dan gigi menjadi kuning . sangatlah tidak baik untuk kecantikan seseorang wanita.







10)  AKTIVITI EKSTRIM

Aktviti ekstrim yang di lakukan secara terus menerus boleh menyebabkan payudara kamu mengendur dan jatuh . Ini kerena semasa melakukan aktiviti pastinya payudara akan mengikut rentak pergerakan kamu naik dan turun secara berulang ulang , di tambah lagi jika kamu memakai bra yang besar pastinya akan memburukkan keadaan . Oleh itu semasa melakukkan aktiviti ekstrim pastikan kamu memakai bra yang bersesuaian yang dapat menahan payudara anda dari turun dan naik .




#Payudara #payudara kendur # Payudara besar #payudara kecil #payudara jatuh # Wanita #kecantikan #punca payudara # Tips #cara

Catat Ulasan for "Payudara Kendur dan jatuh ? INI 10 PENYEBABNYA "