Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Tips cara halau tikus yang bersarang di rumah - DI JAMIN BERKESAN

 

petua halau tikus
Cara halau tikus di rumah. Image by Here and from Pixabay.


Tips Cara Halau Tikus - Keberadaan tikus di dalam rumah sangatlah menggangu. Kerana tikus adalah haiwan perosak yang suka merusak ,mengotori,dan memakan barang-barang di rumah. Paling bahaya jika tikus merusak wayar-wayar elektrik di rumah kamu, boleh menyebabkan litar pintas dan bahaya kepada penghuni rumah.


Selain merosak barang-barang di rumah, tikus berpotesnsi menyebar penyakit berbahaya di rumah kamu, antara penyakit ini berpotensi mengakibatkan keilangan nyawa. Antara penyakit bawaan tikus adalah. 


Penyakit Yang Di Sebarkan Tikus

  • Virus Hanta
  • Salmonellosis
  • Penyakit pes atau Rat bite fever
  • Leptospirosis
  • Lymphocytic choic-meningitis
  • Lymphocytic chorio-meningitis
  • Hemorrhagic fever with renal syndrome
  • Plague

Itulah penyakit bawaan tikus yang sebilanggannya boleh menyebabkan kematian, Jika mahu ketauhi lebih lanjut mengenai penyakit ini baca artikel kami ini " PENYAKIT BAWAAN TIKUS ".


Sebelum meneruskan kepada tips menghalau tikus, adalah lebih baik kamu mengetauhi tanda-tanda kehadiran tikus di rumah kamu . Walaupun tikus ini tidak akan menampakkan dirinya ketika kamu berjaga dan hanya keluar sewaktu rumah sunyi, Kamu dapat melihat tanda-tanda kehadiran tikus seperti berikut.


Tanda-Tanda Kehadiran Tikus :


  • Kesan gigitan - Barang rosak dan tardapat kesan gigitan pada barang tersebut, Biasanya tikus sangat gemar menggit, bekas makanan, wayar dan prabot.

  • Najis tikus - Najis tikus berwarna coklat gelap dan kecil seperti bentuk beras. Biasanya tikus akan berak di kawasan ia mencari makan dan bertaburan di lantai kadang-kala.

  • Bunyi cakaran dan Bunyi belari di atas syiling - Bunyi ini kamu akan dengari pada waktu malam sahaja, kerana tikus sangat aktif pada waktu malam ketika penghuni rumah tidur.

  • Sarang tikus - Ketersediaan makanan di rumah kamu akan menyebabkan tikus berasa selesa dan  mula membuat sarang di rumah kamu, biasanya akan bersarang di kawasan tersorok seperti belakang peti sejuk,  dalam kotak dan di bawah almari  bahan biasa sarangya adalah kertas yang di koyak.Jika kamu menjumpai sarang ini jangan hairan jika kamu menjumpai anak tikus kerana memang tujuan tikus membuat sarang adalah untuk melahirkan anak.

  • Lubang - Tikus adalah bintang perosak, untuk masuk ke tempat  simpanan baisanya tikus akan menggit tempat-tempat kamu menyimpan makanan dan membuat lubang . 


Baiklah berbalik kepada tujuan artikel ini di tulis pada hari ini, Apa saja tips dan cara untuk menghalau dan sekaligus menghapuskan keberadaan tikus di rumah kamu. Lanjutkan baca artikel kami di bawah, Jangan lupa shari jika membawa manfaat kepada kamu, Button share ada di bawah .



Cara Halau Tikus Di Rumah



1) MEMELIHARA KUCING

Kucing adalah kawalan biologi yang sangat berkesan untuk menghalau sekaligus menghapus tikus di rumah kamu, Kerana naluri semula jadi kucing memang memburu mangsa, jika nampak tikus di rumah  kamu memang mereka kejar dan bunuh. 


Tetapi sesudah kucing membunuh tikus, jangan biarkan kucing itu makan tikus yang di bunuhnya, kerana tikus boleh menyebabkan jangkitan cacing di usus kucing. Melainkan tikus kamu memang sudah biasa makan tikus dari kecil dan lasak ,tidak perlulah kamu risau. Jika kucing yang seharian terkurung di rumah, harus elakkan memakan tikus kerana mudah di serang penyakit.




2) PERANGKAP TIKUS

Cara ke dua untuk menghalau tikus adalah dengan memasang perangkap di rumah kamu, perangkap boleh di pasang di kawasan-kawasan yang di syaki menjadi jalan tikus mencari makan. Perangkap tikus kamu boleh buat sendiri atau boleh juga kamu belinya di kedai harganya juga murah sekitar 15 ringgit .Letakkan sedikit makanan dalam perangkap itu dan pasang perangkap tikus sebelum kamu masuk tidur . Lihatlah hasinya keesokan hari.


Selain perangkap tikus, kamu juga boleh membeli gam tikus yang ada di jual di kedai, gam tikus sangat efektif memerangkap tikus-tikus kecil yang berada di syiling. Biasanya tikus kecil sangat licik dan sukar di tangkap menggunakan perangkap biasa. 


Oleh itu menggunakan gam tikus adalah cara yang terbaik untuk menagkapnya. cukup tabur-tabur sedikit makanan manis seperti biskut di sekitar papan yang sudah di letak gam tikus . Pasti tikus akan terperangkap.





3) BAKING SODA 

Baking soda atau serbuk pengembang kuih sangatlah mematikan jika tikus memakannya, ini kerana jika tikus memakan makanan yang mengandungi baking soda, badannya akan mengembung kerena tidak boleh mengeluarkan gas yang di hasilan baking soda, tikus tidak akan mati langsung , tapi akan mati perlahan-lahan kerana menahan gas yang berada di badannya.


Penggunaanya amat mudah, taburkan saja baking soda pada makanan-makanan yang biasanya tikus makan dan lihatlah hasinya. Jika kamu mempunyai binatang peliharaan di rumah, penggunaan baking soda sebagai racun tikus adalah sangat selamat berbanding penggunaan racun sebenar, ini kerana di khuatiri jika memakai racun sebenar, binatang peliharaan kamu pula yang makan. 





4) UNCANG TEH

Untuk menghalau tikus di rumah, kamu boleh menggunakan uncang teh yang belum di pakai dengan meletakkannya di kawasan sarang tikus dan laluan yang biasa di lalui oleh tikus .

Tikus mempunyai deria penciuman yang kuat untuk mencari makanan , Apabila ia mencium uncang teh yang kamu latakkan di laluannya, akan menyebabkan alahan pada hidungnya  dan akan menyebabkan deria penciuman tikus berkurang kerana alahan. Dengan ini tikus akan jera dan dengan sendirinya lari dari rumah kamu.





5) SERBUK LADA HITAM

Seperti uncang teh, lada hitam juga boleh kamu gunakan untuk menghalau tikus di rumah. Oleh kerana kebiasaan tikus untuk mencium-cium lantai dan udara untuk mencari makanan , pastinya ketika ia menghidu itu serbuk lada akan mesuk kehidungnya dan menyebabkan ganguan pada deria hidungnya.


Lada hitam juga mengandunggi piperine yang mampu membunuh tikus, ini boleh kamu menfaatkan, jadikan sebagai racun semulajadi tikus yang selamat di gunakan, kamu boleh mencampur lada hitam di dalam makanan yang sering di makan tikus dan jadikanlah sebagai umpan. 


Walaupun kurang berkesan untuk membunuh tikus secara terus, Tetapi pengambilan makanan yang mengandungi lada hitam ini oleh tikus pastinya akan merosakkan organya dan menyebabkan kematian.





6) DAUN PANDAN

Tikus sengat tidak gemar bau yang di kelaurkan oleh bau pandan, oleh itu kamu boleh menggunakan daun pandan untuk menghalau tikus di rumah kamu dengan meletakkanya di laluan tikus dan kawasan yang di syaki menjadi tempat tikus berserang . Ini akan menghalau tikus dari rumah kamu secara semula jadi.





7) KAWALAN  BINATANG PEROSAK

Jika semua tipas menghalau tikus di atas tidak berkesan, terpaksalah kamu memangil khidmat proesional untuk menghapuskan binatang perosak ini, harga khidmat juga berbaloi berbanding kamu terpaksa menghadapi kerosakkan barang secara berterusang yang di sebabkan oleh tikus. 


Sebelum membuat tempahan khidmat kawalan binatang perosak, andingkan duru harga dan review dari perkhidmatan yang kamu ingin gunakan, ini adalah untuk menguntungkan anda juga.


Catat Ulasan for "7 Tips cara halau tikus yang bersarang di rumah - DI JAMIN BERKESAN"