Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Sifat IBLIS yang boleh di tiru manusia !!! Manusia juga sukar melakukannya

 

syaitan , iblis demon jin
Photo by Robert Zunikoff on Unsplash

Sebut sahaja iblis pasti kamu membayangkan sosok yang mengerikan dan sosok yang berusaha menyesatkan manusia jauh dari menyembah tuhan yang satu iaitu ALLAH S.W.T. Menyesatkan manusia ,itu memang sudah janjinya di depan tuhannya. Sebenarnya banyak yang keliru antara iblis dan syaitan . Iblis adalah sosok yang hidup sehingga akhir dunia ini ,maksudnya sehingga kiamat dan syaitan adalah sosok yang mempunyai jangka hayat tertentu .Ramai yang tersalah erti  perkara ini .

Di sebalik niatnya yang jahat itu . Tahukah anda boleh meniru sifat iblis iblis dalam hidup anda  . Iblis berpegang pada sifat ini untuk melakukakan kejahatan . Anda pula boleh berpegang pada sifat ini untuk melakukan kebaikan . jangan pula di tiru 100% . Admin tidak bertanggung jawab hehe .

Baikah ini adalah sifat iblis yang boleh di tiru manusia

1) KONSISTEN

Dari saat iblis berjanji di hadapan tuhannya untuk menyesatkan manusia hingga akhir zaman ,ia tetap melakukan tujuannya itu sehingga sekarang . Agak-agak sudah berapa puluh ribu tahun? dari manusia pertama di ciptakan iaitu nabi ADAM  A.S . Begitulah kosistennya iblis untuk mencapai tujuannya ,membawa seberapa banyak manusia ke jalan yang salah . Bagaimana dengan anda? Adakah anda kosisten dengan Tujuan yang anda ingin capai ?

2)PANTANG MENYERAH

Ibis tidak pernah menyerah sehingga tujuannya  mengoda dan menyesatkan manusia  tercapai.Walau pelbagai halangan akan ia redah sahaja agar tujuan utamanya tercapai . Anda boleh meniru sifat iblis ini dengan tidak menyerah dengan segara rintangan dan dugaan yang anda hadapi dalam mencapai kejayaan hidup anda. Iblis yang anda hina sahaja boleh takan manusia sebaik-baik ciptaan tak bolehkan.

3)KREATIF

Di dalam mencapai tujuaanya . Iblis mempelbagai tipu dayanya . Jika manusia tidak dapat di tipu daya dengan cara lama, Pastinya dia menggunakan idea baru yang lebih pelbagai dan kreatif. Sedangkan manusia gemar mengulang-ulang idea orang lain , meniru copy-paste itu perkara biasa kerana malas berfikir

Alangkah baiknya anda meniru sifat kreatif  iblis ini dalam mencipta idea-idea baru dalam perkerjaan anda . Pastinya akan mendatangkan manfaat kepada sesama manusia .

4)SUKA BERKAWAN

Iblis dan para suruhannya sangat suka berkawan . Berkawan dengan siapa? pastinyalah dengan manusia. Sedar tidak sedar pasti anda pernah di hasut dari lubuk hati atau semacam fikiran  yang jahat kan ,ia muncul secara tiba-tiba di otak walaupun anda tidak menginginkannya . Itu berkemungkinan ada sedang berkawan dengan syaitan . betapa suka berkawannya syatan dan iblis ini, Walaupun kamu membenci tetapi dia tetap mendekati anda hehe .

Sedangkan manusia dalam bergaul atau berkawan suka sangat memandang derjat dan rupa . Di dalam berjiran pula , suka sangat menyusahkan jiran . Membuat bising dan mementingkan diri itu sudah perkara biasa . Aih Takan nak jadi lebih dari syaitan kot.

5) BIJAK

Iblis itu otaknya sangat bijak dalam mencari cara agar manusia tergoda dan mengikut jalan salahnya . Sadangkan manusia banyak yang suka menjadi bodoh . Banyak yang admin lihat, apabila di kemukakan fakta di media sosial ,Fakta dan infomasi itu menjadi bahan gurauan. Adakah anda suka menjadi orang bodoh? Belajarlah membezakan candaan dan perkara yang mendatangkan manfaat kepada anda lain kali.

6) BERKERJASAMA

IBLIS dan pengikutnya syaitan adalah makhluk yang sering berkerjasama dan berkerja berkumpulan . setiap satu syaitan akan di beri tugas tertentu , seperti membisikan kejahatan dalam kepala otak anda ,mengoda dalam perzinaan,membisikan was-was dalam beribadah. Jika satu syaitan gagal akan di ganti dengan yang lain dan seterusnya .Mereka seling berkerjasama dan saling melangkapi.

Bagaimana dengan anda. Adakah anda seling melangkapi sesama adik beradik anda , ibu-bapa anda? keluarga anda dan rakan-rakan anda? adakah jika terdapat masalah anda akan saling berkerjasama untuk menyelesaikannya ? 



Catat Ulasan for "6 Sifat IBLIS yang boleh di tiru manusia !!! Manusia juga sukar melakukannya"