Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mengesan 7 Tanda ada Kehadiran Tikus DI Rumah kamu - ini caranya

 

tanda ada tikus di rumah
Mengesan tanda tikus di rumah. Image by Capri23auto from Pixabay .


Tanda ada Tikus di rumah kamu - Tikus adalah binatang perosak yang sangat menganggu rumah apabila ada keberadaanya di rumah . Tikus sering menggangu dengan merosakkan harta banda dan merosak makanan di rumah .


Bukan sahaja menjadi perosak di dalam rumah.tikus juga berpotensi menularkan penyakit-penyakit yang berbahaya kepada penghuni rumah yang di dudukinya, dan penyakit yang dai bawa oleh tikus ini kebanyakannya adalah penyakit yang berpotensi membawa maut.


Oleh itu jika terdapat tikus di rumah, haruslah segera di hapuskan dan di halau untuk kebaikan bersama, Kamu boleh baca artikel kami sebelum ini cara "untuk menghalau tikus" untuk mengetauhi tips menghalau tikus di rumah kamu.


Keberadaan tikus di rumah  sangatlah sukar di kesan ini kerana tikus adalahg sejenis haiwan nocturnal iaitu haiwan yang hanya aktif pada malam hari . Inilah yang menyebabkan tikus keberadaan tikus di rumah kamu sukar di kesan . 


Namun lain ceritanya jika sampai kamu melihat tikus di waktu siang, kerana pada saat itu keberadaan tikus di rumah kamu sudah terlalu banyak yang menyebabkan mereka terpaksa mencari makan di siang hari akibat pesaingan di malam hari .


Berbalik tajuk artikel kita pada hari ini, Apa saja tanda rumah kamu sudah ada tikus .Mari ketauhinya di bawah ini. Jangan lupa share jika artikel ini mendatangkan manfaat kepada anda. 



Tanda Rumah Ada Tikus




1) TAHI TIKUS 

Apabila terdapat kehadiran tikus di rumah kamu , Kamu akan melihat tahi tikus di lantai yang terdapat makanan .Tahi tikus berwarna hitam, kecil dan berbentuk seperti beras.


Tikus memiliki kebiasaan membuang tahinya di mana sahaja terutama ketika tikus makan , Dan dalam sehari tikus akan mengeluarkan najis sebanyak 40 butir.







2) AIR KENCING 

Tikus adalah binatang yang kotor, Seperti tahi , tikus juga akan kencing di merata-rata tempat terutama di sekitar tempat persembunyiannya dan kawasan persingahannya mencari makan. Bau hancing tikus juga amat kuat dan kurang menyenangkan apabila menciumnya. 


Tapi kamu harus lebih berhati-hati dalam mengurus kencing tikus ,jika kencing tikus itu mempunyai virus dan bakteria penyakit bawaan tikus, kamu berisiko terkena penyakit itu walaupun melalui pertikel bau dan juga sentuhan langsung .


Cadangan pengurusan kencing tikus adalah dengan membiarkan dahulu kencing itu selama 2 hari biarkan virus dan bakteria di dalamnya mati barulah kamu cuci menggunakan clorox ataupun hand sanitizer yang boleh membunuh bakteri dan virus.






3) KESAN KOTOR

Apabila terdapat kehadiran tikus di rumah kamu, kamu akan melihat kesan kotor bekas laluan  di dinding dan lantai kamu, Kesan ini di tinggalkan oleh tikus dan kesan hitam itu adalah kotoran-kotoran pada badan tikus ia akan nampas seperti berminyak dan berlemak .


Oleh kerana penglihatan tikus yang buruk, ia akan melalui sesuatu rute jalan yang sama setiap kali ia mencari makan, lama kelamaan kesan kotoran akan terbentuk.






4) BAU

Oleh kerana tikus adalah binatang yang memakan apas sahaja benda yang di temuinya termasuk sampah, badan tikus akan di penuhi dengan kotoran dan daki. Inilah yang akan menandakan kehadiran tikus berhampiran anda. Jika anda mencium bau yang kurang menyenangkan pastinya bau itu berasal dari tikus.






5) SUARA

Apabila tikus ada banyak di rumah kamu, tikus akan sering bergaduh dan mengeluarkan suara gesekkan . 


Suara berlari-lari juga akan kamu dengar di siling rumah kamu dan lantai rumah di malam hari. Jika kamu tidak tahu rumah kamu terdapt tikus, mungkin kamu mengangap rumah kamu ada hantu, tapi bukan suara larian dan gesekan suara ini adalah di sebabkan oleh tikus.







6) JEJAK KAKI

Kamu dapat mengesan adanya tikus di rumah kamu dengan melihat kesan ekor dan kaki di area berhabuk yang jarang kamu gunakan. Jika tiada kesan debu di rumah kamu bolehlah kamu menggunakan tepung dengan menabur tepung di lantai yang anda syak menjadi laluan tikus, dan lihatlah hasilnya di pagi hari.





7) KEROSAKKAN

Ini adalah tanda yang paling ketara kehadiran tikus di rumah kamu , Tikus adalah binatang perosak. Selalunya tikus akan mengigit wayar dan perabot-perabot . Kesan gigitan akan jelas di lihat . Walaupun bukan untuk di makan, mungkin memang tebiat semula jadi tikus sebagai binatang perosak adalah merosakkan barang.


Catat Ulasan for "Mengesan 7 Tanda ada Kehadiran Tikus DI Rumah kamu - ini caranya "