Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Cara move on lupakan kekasih Dengan cepat

 

cara lupakan kekasih
Cara lupakan kekasih. Image by mohamed Hassan from Pixabay. 



Cara Melupakan Seseorang - Semua orang pasti pernah putis cinta atau bercerai . Melupakan seseorang yang sudah dekat dengan kita dan kita sayangi bukanlah perkara muda. Pada permulaan perpisahan pasti asyik teringat-ingat setiap hari dan hidup seperti tidak lengkap.


Adakalanya melupakan seseorang yang pernah kita sayangi dalam hidup kita sangatlah susah dan kadang-kala mengambil masa yang lama.


Namun jika kamu tidak cepat-cepat melupakan si dia. Pastinya akan menyakitkan jiwa dan raga serta membuatkan sedih yang berpanjangan. Oleh itu , hari ini kami ingin kongsikan tips untuk move on dari perpisahan. 


Mungkin tips ini dapat membantu kamu . Jika dapat membantu kamu, jangan lupa share di media sosial, tombol share ada di bawah artikel ini . terima kasih.



Tips Move On Dan Melupakan Seseorang.



1) BUANG BARANG 

Untuk melupakan seseorang, buanglah barang-barang yang di beri oleh bekas kekasih kamu , contohnya sekarang kamu sedang memakai jam tangan pemberian bekas kekasih kamu itu walaupun sudah berpisah, pastinya kamu akan mengingat bekas kekasih kamu itu setiap kali kamu memandang jam tangan pemberiannya.


Jika  sayang membuang barang pemberian itu, bolehlah simpan dahulu di tempat yang kamu tidak lihat selalu . Dengan tidak memakan barang pemberiannya , kamu juga dapat mengelakkan malu apabila bertemunya kerana masih memakai barang pemberiannya.




2) SIBUKKAN DIRI SENDIRI

Lakukan perkara-perkara baru yang mungkin kamu boleh lakukan seperti bermain game, bercucuk tanam,memancing,memasak dan hiking. Bolehlah kamu sibukkan diri kamu. Tidaklah kamu memiliki masa untuk melamun.


Kalau tidak di isi masa-masa yang kosong dalam sehari , memang fikirang akan sendirinya teringat tentang kisah-kisah lalu, di tambah lagi jika kamu baru berpisah lagilah kenangan-kenangan lama itu bermunculan . Jadi usahakan sibukkan diri kamu .



3) BELAJAR TERIMA KENYATAAN

Kuatkan diri anda untuk menerima kenyataan bahawa hubungan anda dengannya sudah berakhir cekalkan hati untuk melupakan kenangan-kenangan manis bersama si dia . 


Ingatlah bekas kekasih anda sudah tiada hubungan dengan anda lagi dan sudah ada pengganti kamu, jadi kenapa harus kamu bersedih. Terimalah kenyataan dan lupakan terus adalah jalan yang terbaik.




4) JANGAN SKODENG

Kalau dah berpisah tu buat cara berpisah , dah dah tak suka kamu , elakkanlah skodeng-skodeng media sosial bekas kekasih kamu , nanti si dia up gambar bersama kekasih baru dia kamu juga yang sakit hati . Lagi bertambahlah kamu sedih.


Oleh itu janganlah stalk media sosial bekas kekasih kamu, ini membuatkan kamu susah untuk move on. Bagaimana kamu mahu melupakan si dia kalau setiap masa merenung media sosial dan gambarnyan . Sampai bila-bila  kamu tidak akan dapat move on . Jika boleh block terus media sosial bekas kekasih kamu tu. 




5) PADAM MEMORI BERSAMANYA

cara ke lima untk move on adalah padam memori ketika bersamanya . Padam semua foto ketika kamu bergambar berdua di telefon. Nanti tengah seronok scrol-scrol telefon tiba-tiba muncul gambar kamu ketika bersama. Ini akan kamu mengingat semula si dia dan akan membuatkan kamu susah untuk melupakkannya.


Jika tidak sanggup untuk memadam gambar itu, bolehlah letakkan dalam memori sd kosong. Nanti bolehlah jadi kenangan orang-ornag yang pernah melukai kamu hehe.




 6) SOLAT DAN BERDOA

Allah s.w.t berfiman " HANYA DENGAN MENGINGAT ALLAH HATI AKAN TENANG" (Surah Ar-Rad:Ayat 28) . Oleh itu ketika kamu bersedih dan berduka atas perpisahan kamu , solatlah dan berdoa afar di berikan ketenangan hati dan fikiran serta dengan cepat melupakan si dia.


Hati yang terluka perlukan ubat, Dan berdoa adalah ubat yang mujarab agar di berikan ketanagan jiwa dan hati menghadapi perpisahan.



7) HINDARI TEMPAT DATING

hindarilah pergi ke tempat-tempat yang selalu kamu berdating. Jika pergi juga pastinya akan muncul bayangan-bayangan ketika kamu bersamanya di situ, walaupun kamu tidak menginginkannya bayangan ketika bersama dia di tempat itu pastinya akan muncul di fikiran kamu, percayalah.


Oleh itu janganlah ke tempat-tempat yang kamu berdua selalu pergi, ini adalah cara agar kamu tidak memikirkannya dan senanglah kamu move on dengan lebih cepat.



#cara move on #cara melupakan sesorang # Lupakan kekasih # tips move on # tips melupakan # tips perpisahan # Cara move on cepat

Catat Ulasan for "7 Cara move on lupakan kekasih Dengan cepat"