Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips cara-cara menghilangkan bulu kaki, Cara mana yang kamu sukai?

 

menghilangkan bulu kaki mencukur menghapus
Photo by bruce mars on Unsplash

Bagi lelaki bulu kaki memang tidak menganggu penampilan , Tetapi bagi wanita memliki bulu kaki bagaikan aib kepada mereka dan boleh menghilangkan rasa percaya diri mereka . Membuang bulu kaki sangat penting untuk menjaga penampilan seseorang wanita.

Tumbuhnya bulu kaki pada wanita mungkin di sebabkan faktor keturunan dan tahap kesihatan wanita tersebut. 

Cara menghilangkan bulu kaki yang popular di lakukan adalah dengan MENCUKUR .tetapi muncul masalah apabila bulu kaki itu di cukur , Iaitu bulu kaki akan tumbuh dengan lebih lebat dan subur dari sebelumnya.

Tahukah kamu sebernarnya pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bulu kaki?

Mari semak di bawah ini!!!


1)MENGGUNAKAN WAXING 

waxing adalah cara menghilangkan bulu kaki menggunakan lilin panas yang di tempalkan pada bulu kaki kemudian di cabut.

Cara mengaplikasikannya adalah dengan , menyapukan bahan lilin yang sudah di panas di permukaan kulit dan kemudian di letakkan pula kain nipis di atas sapuan lilin itu .biarkan beberapa minit kemudian cabut kain tersebut  secar mengejut . Bulu kaki akan tercabut.

Cara ini sedikit sakit dan boleh mendatangkan luka .Jika luka terjadi sapukanlah dengan ubat nanti luka di jangkiti bakteria pula .


2)MENGGUNAKAN KRIM PENGHANCUR BULU KAKI

Cara ini amat mudah dan tidak menyakitkan ,Pelbagai krim penghancur bulu kaki yang anda boleh dapatkan sekarang harganya juga berpatutan dan satu krim boleh di gunakan berulang kali.

Dalam krim penghancur bulu kaki terdapat kimia yang dapat merapuhkan protien pada bulu. Selapas kamu sapukan krim ini pada kaki , bulu kaki akan rapuh dan teranggal dengan sendirinya.

Perlu di ingat selepas proses selesai bersihkan kaki anda dengan air .


3)MEMAKAI EPILATOR

Apa itu epilator? Epilator adalah alat electronik yang berfungsi mencabut bulu hingga ke akarnya. Rasanya sakit, Tetapi hasilnya memang memuaskan kerana bulu kaki akan lambat tumbuh kembali.


4)UBAT PENGHILANG BULU KAKI

Ubat ini menggandungi anttiandrogen yang dapat mencegah pertumbuhan bulu kaki . Biasanya ubat ini di gunakan oleh seseorang dengan proses pertumbuhan bulu kaki yang cepat dan lebat kerana pengaruh hormon.


Catat Ulasan for "Tips cara-cara menghilangkan bulu kaki, Cara mana yang kamu sukai?"