Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips cara membersihkan Kacamata menggunakan bahan sedia ada di rumah kamu .. #mudah dan berkesan

 

bersihkan kaca mata bahan rumah
Photo by David Travis on Unsplash

Kacamata yang kotor ,berhabuk dan penuh calar sangat tidak selesa untuk digunakan. Biasanya cara yang selalu di gunakan untuk membersihakan kotoran dan calar ini adalah dengan mengunakan kain dan tisu ,Namun bukannya membersihkan, kedua bahan ini menambah pula calar,habuk dan kotoran baru yang ada pada kacamata.

Tahukah kamu selain 2 bahan di atas , terdapat juga bahan lain yang ada di rumah kamu yang kamu boleh gunakan untuk membersihkan kacamata kamu malah lebih berkesan membersih .


Apa saja bahan tersebut ? Mari baca info di bawah ini.


1)MENGGUNAKAN UBAT GIGI

Pertama , bahan yang sedia ada di rumah kamu yang boleh di jadikan bahan pembersih kacamata adalah ubat gigi . Fungsinya bukan sahaja membersih gigi tetapi boleh juga di gunakan membersih cermin mata malah jika lampu kereta anda kuning, ubat gigi juga boleh anda gunakan memutihkan kembali lampu itu.

caranya sangat mudah, taruh ubat gigi di atas kapas kemudian sapukan ke cerminmata anda sehingga mendapat hasil yang anda inginkan . selepas itu bilas dengan air dan keringkan.


2)CAIRAN PENCUCU PIRING

Selain mencuci piring ,cairan pencuci juga boleh kamu gunakan membersihkan kacamata.Sedangkan pinggan dan cawan yang kotor itu dapat di bersihkan mustahil kacamata tidak dapat cairan pencuci piring bersihkan pula kan.

caranya, sapu rata cairan pencuci piring pada kaca  dan biarkan sekitar 2 minit ,kemudian bilas dengan air, Dan toskan sehingga kering .

Jangan terkejut jika kacamata anda bersinar seperti baru semula.


3)CAIRAN PEMBERSIH SCREEN KOMPUTER

Jika anda mempunya cairan ini di rumah anda boleh menggunakannya untuk membersihkan kacamata yang berbintik-bintik kecil dan berhabuk.


4)CAIRAN PEMBERSIH CERMIN KERETA

Pasti bahan ini adalah bahan wajib ada bagi yang mempunyai kereta untuk mengilatkan cermin kereta anda . Namanya sudah pembersih kaca , pastinya ia bahan yang sangat sempurna untuk membersihkan kacamata anda.


5)BAKING SODA

Tahukan anda apa itu baking soda? jika tak tahu. Baking soda adalah bahan yang di gunakan dalam proses pembuatan kuih agar kuih mengembang. mak kamu di rumah pasti mempunyai baking soda ini .bukan hanya berfungsi sebagai pengembang , baking soda juga boleh kamu gunakan untuk membersihkan kacamata kamu.

Caranya ,Larutkan satu sudu teh baking sida dengan air dan gosok larutan itu pada kacamata sehingga merata . Jika anda sudah puas hati bolehlah bilas dengan air dan keringkan.


Catat Ulasan for "Tips cara membersihkan Kacamata menggunakan bahan sedia ada di rumah kamu .. #mudah dan berkesan"