Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

15 Ayat pujuk perempuan yang marah dan merajuk

 

ayat pujuk perempuan
Ayat untuk pujuk perempuan. Image by Here from Pixabay .


Ayat Pujuk Kekasih Merajuk - Ayat-ayat untuk kekasih yang merajuk dan marah boleh kamu ucapkan sebagai tanda permintaan maaf ketika kamu melukai hatinya dan membuat kekasih kamu marah.

Mungkin mengucapkan permohonan maaf kepada perempuan yang sedang merajuk bukanlah hal yang mudah untuk di lakukan, mungkin kerana kamu takut, malu atau justru ayat permohonan maaf kamu tidak sampai maksudnya untuk memujuk hati perempuan yang sedang merajuk.

Ketika pasangan kekasih bergaduh, salah seorang haruslah boleh mengawal emosi saat bergaduh agar pergaduhan tidak berpanjangan dan menjejaskan hubungan percintaan. Cubalah untuk mengalah jika kemarahan kekasih kamu itu sememangnya di sebabkan oleh kamu sendiri.


Usahakan jangan bertengkar dengannya dan meninggikan suara kamu, api di lawan dengan api sampai bila-bila tidak akan padam. Justru, akan membuatkan pasangan kamu tawar hati dalam perhubungan.


Berikanlah masa untuk kekasih kamu menenangkan diri dan kemarahannya sedikit menurun. Selepas itu bolehlah kamu mula untuk memujuk perempuan yang marah atau merajuk.


Berbalik kepada artikel kita pada hari ini, iaitu "ayat pujuk perempuan marah dan merajuk ". Apa saja ayat yang kamu boleh gunakan untuk memohon maaf dan seterusnya meluluhkan hati pasangan kamu.


Jika kamu tidak tahu ayat pujuk perempuan yang kamu boleh gunakan, Mungkin tulisan ayat-ayat pujuk perempuan di bawah ini boleh kamu gunakan untuk memujuknya.


Ayat Pujuk Perempuan Yang Marah Dan Merajuk


1. " Aku berjanji kepadamu bahawa, mulai sekarang tiada lagi air mata dalam perhubungan kita, penipuan dan penghinaan. Aku benar-benar sangan mencintaimu, Marilah kita berbaik semula dan tetap bersama."


2. " Sayang, Aku telah mengkhianati kepercayaan yang kau berikan kepadaku, Aku tidak berhak mengatakan ini kepadany, tetapi aku ingin mengatakan juga bahawa aku sangat mencintaimu, sekarang dan selamanya. Aku meminta maaf, Maafkan aku."


3. " Cinta itu tidak perlu di uji atau di tanya, Tetapi di perjuangkan agar terus kekal dan tetap bertahan."


4. " Aku tidak mampu berkata apa lagi, Akulah penyebab pergaduhan kita, Jika aku di berikan kesempatan lagi, Akan ku berikan cintaku sepenuh hati hanya untukmu."


5. " Maafkan aku yang tidak memahami dirimi. aku berjanji akan belajar memahami dirimu jika di beri kesempatan lagi."


6. " Maafkan aku sayang ,yang tidak pernah menghargai dirimu. Selama bersamamu aku selalu menyakiti hatimu."


7. " Maafkan aku, Aku tahu apa kesalahanku, Tetapi semua itu adalah untuk dirimu."


8. " Sebesar manapun kemarahanmu, Hanya satu yang aku ingin kamu tahu, Hatiku hanya untukmu, Maafkan aku ya."


9. " Maafkan aku kerana membuat kamu marah , aku tidak berniat membuat kamu marah dan kecewa , sayang, Maafkan aku"


10. "Jika aku tahu apa yang aku lakukan ini menyebabkan pertengkaran kita, Aku tidak akan melakukannya lagi. Tolong maafkan aku ya."


11. " Sayang aku meminta maaf  kerana sifat egoku. Kamu sudah banyak bersabar denganku, Syukur kepada tuhan kerana mempertemukan aku denganmu sayang."


12. " Aku meminta maaf atas segala yang aku lakukan melukai hatimu. Maaf kerana membuat kamu sedih. Maafkan aku. Aku sangat sayang kamu."


13." Setulus hati aku memohon maaf atas kesilapanku. Jangan merajuk lagi, aku jadi tidak tentu untuk berbuat apa memujukmu. Kerana kamu sangat penting dalam hidupku."


14. " Maafkan aku sayang. Aku tahu kamu merajuk kerana diriku, tapi percayalah, Aku sangat sayang kepadamu, Tiada yang lain selain kamu."


15. " Aku tidak sempurna, Aku sudah membuat kesalahan kepadamu, aku menyakiti hatimu. Tetapi saat ini aku bersunguh-sungguh meminta maaf kepadamu.



Baiklah itulah 15 ayat-ayat untuk memujuk perempuan yang sedang merajuk yang mungkin kamu boleh gunakan. Mungkin kamu boleh mengubah ayat-ayat tersebut, biar lebih menarik dan dan meluluhkan hati pasangan kamu dan menghilangkan merajuknya. 


Dan lagi jika ada ayat-ayat tambahan  untuk pujuk wanita bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah nanti kami akan tambahkan komen kamu di dalam artikel ini. Terima kasih.

Catat Ulasan for "15 Ayat pujuk perempuan yang marah dan merajuk"