Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Petua hilangkan sakit gigi berlubang yang BERKESAN

 

Ubat sakit gigi berlubang.
Ubat sakit gigi berlubang. Image by Reto Gerber from Pixabay.




Petua Hilangkan Sakit Gigi Berlubang - Masalah gigi berlubang adalah masalah yang sering di alami oleh semua orang. Lubang pada gigi selalunya bermula dengan lubang gigi yang kecil dan akibat tidak di ambil peduli dan di rawat dengan betul akhirnya lubang pada gigi membesar dan mengakibatkan kesakitan gigi dan gigi sensitive.


Secara terperinci, gigi berlubang adalah di sebabkan oleh lapisan luar  gigi di sebut juga sebagai enamel yan terhakis dan rosak kekal, dan membentuk lubang pada gigi . Lubang gigi ini biasanya akan mengakibatkan kesakitan gigi, ngilu,  jangkitan bakteria, sehingga menyebabkan gigi tertanggal.


Untuk pengetauhan kamu, Ada beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan gigi berlubang. Antaranya adalah:

  • Kebersihan mulut yang tidak di jaga
Kurangnya penjagaan kebersihan mulut dengan tidak mengosok gigi secara teratur akan menyebabkan sisa-sisa makanan tertingal di tepi-tepi mulut dan akan menyebabkan plak terbentuk dengan lebih cepat, plak inilah yang akan merosakkan gigi.

  • Kekurangan fluoride
Floride adalah mineral yang terbentuk semuala jadi di mulut anda untuk mencegah gigi berlubang, Jika fluoride berkurang, kerosakkan gigi akan mudah berlaku. Fluoride ini ada terdapat pada ubat gigi dan ubat kumur gigi. Oleh itu di serangkan untuk mengosok gigi secara teratur untuk mencukupi keperluan mineral fluoride di gigi anda.


  • Makanan manis
Makanan dan minuman yang mengandunggi gula adalah penyebab terjadinya kerosakkan gigi. Gula dalam makanan dan minuman dapat menurunkan ph Plak gigi dengan cepat dan mengakibatkan lapisan Anamel gigi menjaji terhakis .


  • Plak yang terkumpul
Plak terbentuk akibat pembersihan gigi yang kurang baik dan tidak teratur. Lama kelamaan plak gigi akan berubah menjadi kerang gigi yang keras yang berupaya menghilangkan mineral pada lapisan enamel dan akibatnya lubang akan terbentuk. 


  • Mulut kering
Mulut kering di sini bermaksud, kurangya penghasilan air liur di dalam mulut kamu. Air liur berfungsi untuk mengikis sisa makanan dan plak di gigi. Air liur juga berfungsi mencegah bakteria mulut menghasilkan asam yang boleh mengakibatkan kerosakkan gigi. Itulah mengapa sangat pentingnya air liur yang cukup di dalam mulut untuk mencegah kerosakkan gigi.



Itulah antara beberapa penyebab berlakunya gigi berlubang yang kamu harus ketauhi dan hindari selepas ini untuk mengelakkan terjadinya kerosakkan pada gigi seterusnya mencegah pembentukan gigi berlubang.



Baiklah berbalik kepada tajuk artikel kita pada hari ini, Apakah petua untuk hilangkan sakit gigi berlubang. Jawapannya pastilah ada dan petua untuk mengetasi sakit gigi berlubang ini adalah sangat mudah untuk di amalkan.




Petua Hilangkan Sakit Gigi Berlubang.




1. Berkumur Dengan Garam

Garam adalah bahan yang baik utuk hilangkan sakiti gigi berlubang, Ini kerana garam memiliki fungis sebagai bahan antibakteria yang baik. Dengan berkumur-kumur menggunakan garam, akan dapat melegakan keradangan di dalam gigi berlubang yang menjadi penyebab kesakitan gigi berlaku.


Di samping meredakan keradangan gigi berlubang. Berkumur dengan menggunakan air garam juga dapan membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi dan setersunya mencegah pembentukkan plak gigi.


Cara penggunaan air garam adalah

  • Sediakan dua sudu garam dan masukkan ke dalam gelas yang berisi air suam
  • Kacau garam sehingga betul-betul larut
  • Kemudian berkumurlah mengunakan air larutan garam tersebut
  • Kumur-kumur secara menyeluruh, kemudian bunaglah air garam itu jika kesakitan sudah berkurang.





2. Ais Batu

Ais batu dapat mengecutkan urat darah pada gigi yang terjadi keredangan yang merupakan salah satu penyebab berlaku kesakitan. Dengan mengecutkan urat, kesakitan gigi berlubang akan menghilang.


Letakkan sahaja ais batu pada bahagian-bahagian gigi berlubang yang sakit buat seketika sehingga kesakitan menghilang dan sudahi proses itu jika kesakitan sudah menghilang.


Perlu di ingatkan di sini. Jangan berkumur dengan air panas ataupun air sejuk kerana suhu yang panas dan sejuk boleh mengakibatkan rasa sakit gigi berlubang bertambah parah dan menyakitkan.






3.  Bunga Cengkih

Bunga cengkih adalah rempah yang sangat berguna untuk rawatan sakit gigi berlubang, dan sudah di gunakan sejak zaman dahulu untuk melegakan kesakitan gigi.


Cara penggunaan bunga cengkih untuk rawatan gigi berlubang adalah:

  • Tumbuk secukupnya bunga cengkih sehingga hancur 
  • Kemudian masukkan serbuk bunga cengkih yang sudah di tumbuk itu ke dalam gigi berlubang.
  • Buang serbuk jika kesakitan gigi sudah menghilang.





4. Bawang Putih

Selain penambah perasa masakan, Bawang putih sudah di gunakan secara tradisional sejak zaman dahulu untuk melegakan dan hilangkan kesakitan-kesakitan ringan pada tubuh badan dan salah satu kegunaanya adalah menghilangkan kesakitan gigi berlubang.


Bawang putih mengandunggi zat antibakteria yang mampu untuk membunuh bakteria penyebab  kesakitan gigi dalam gigi berlubang. Caranya amat mudah, Boleh di kunyah terus bawang putih tersebut dan tahan untuk seketika di dalam mulut sehingga kesakitan gigi berlubang menghilang.


Untuk yang tidak suka bau bawang putih bolehlah tumbuk bawang putih dan campur dengan garam kemudian masukkan ke dalam air suam dan berkumurlah dengan menggunakan air campuran itu. Pasti dengan pantas kesakitan gigi berlubang akan menghilang.






5. Asam Jawa

Asam jawa boleh kamu gunakan untuk menghilangkan kesakitan gigi berlubang dengan di sertai pembengkakkan. Asam jawa mampu mempercepat proses nanah membengkak, dan menghilangkan kesikatan gigi.


Asam jawa akan percepat kemetangan nanah dalam pembengkkan sehingga kamu tidak perlu lagi menanggung kesakitan akibat kebengkakkan dalam tempoh yang lama. Kesakitan gigi juga akan menghilang.


Cara aplikasikan asam jawa untuk hilangkan sakit gigi berlubang adalah sangat mudah seperti berikut :

  • Bancuh asam jawa dan garam 
  • Campur sedikit air suam
  • Berkumurlah menggunakan air bencuhan itu.
  • Sapukan bancuhan pada luar dan dalam gigi membengkak pada bahagian gigi.
  • Lakukan setiap 1jam sekali.

Catat Ulasan for "5 Petua hilangkan sakit gigi berlubang yang BERKESAN"