Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Cara merahkan bibir secara kekal dan cepat

Tips Merahkan Bibir - Memiliki bibir yang merah dan sihat secara semulajadi adalah impian setiap wanita. Selain memberikan daya tarik yang lebih kepada sesiapa yang memandangnya. Untuk memerahkan bibir, kamu sebenarnya boleh melakukannya di rumah. 

Cara merahkan bibir
Cara merahkan bibir. Img by Bessi from Pixabay.


Bagi wanita yang mementingkan penampilan, memiliki bibir merah mudah ataupun pink sangatlah menjadi obsesi sebahagian besar wanita di luar sana. Selain itu memiliki bibir yang merah muda dan sihat membuatkan seseorang wanita tidak perlu susah-susah untuk memakai lipstik berulang kali dan boleh mengotorkan baju jika terkena. Amatlah menyusahkan jika berada di acara-acara penting.


Faktanya bahawa, Bibir adalah merupakan sebahagian daripada kulit yang memiliki paling banyak pembuluh darah di bawahnya berbanding bandingkan bahagain-bahagian kulit yang lain di tubuh manusia.


Pembuluh darah yang banyak inilah yang membuatkan bibir memiliki warna merah muda dan pink. Kurangya rawatan pada bibir, membuatkan bibir menjadi kering, pecah-pecah dan kasar texturnya.Hal ini menyebabkan bibir terlihat kusam dan mengelap. Membuatkan bibir yang tidak di rawat sangatlah tidak indah di pandang dan menjejaskan penampilan wajah, terutamanya wanita.

Terdapat pelbagai penyebab menjadikan bibir tidak sihat dan menjadi gelap, Antaranya adalah.


Penyebab bibir hitam:

  • Merokok
  • Alergik terhadap lipstik
  • Minuman berkafein
  • Minuman alkohol
  • Terlalu terdedah kepada matahari
  • Selalu menjilat bibir
  • Kurang minum air putih


Sebenarnya, Terdapat pelbagai cara untuk merahkan bibir secara semula jadi dan selamat yang kamu boleh lakukan untuk sihatkan bibir kamu. Proses rawatan kesihatan bibir ini boleh kamu lakukan sendiri di rumah. Mari semak beberapa cara untuk merahkan bibir secara alami.


Cara Merahkan Bibir


1. AIR PUTIH

60 hingga 70 peratus badan manusia terdiri daripada cecair yang mengekalkan fungsi tertentu organ-organ pada tubuh manusia. Air putih sangat penting untuk  mencukupi keperluan cecair dalam tubuh badan.

Tanpa air yang mencukupi dalam badan, akan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan kulit. Oleh kerana bibir adalah sebahagian daripada kulit, pastinya akan kesan kekurangan air ini akan terlihat pada bibir.

Akibat kekurangan air, bibir akan terlihat pucat dan menghitam, kerana kekurangan cecair yang mengalir di bawah kulit bibir iaitu darah. Oleh itu meminum air yang cukup setiap hari adalah amat penting untuk mendapatkan bibir yang sihat dan merah. Di sarankan untuk meminum 7 gelas sehari untuk mencukupi keperluan cecair pada tubuh.


2. KUPAS KULIT BIBIR

Sel kulit pada  bibir yang mati akan mengakibatkan  bibir terlihat kusam dan menghitam, Oleh itu cara untuk memerahkan bibir secara alami adalah dengan kupaskan sel kulit mati ini.

Kamu boleh membeli skrub pengupas kulit bibir yang terdapat di kedai atau boleh buatnya sendiri. 

Berus penggosok gigi juga boleh kamu gunakan untuk menangalkan kulit bibir, tetapi pastikan berus gigi itu adalah berus yang lembut.

Semasa mandi, gosokkan perlahan-lahan berus gigi bada bibir dan ulangi 3 kali sehari, sudahi gosokkan apabila sel kulit bibir yang mati sudah mula mengelupas. Selepas rawatan pengelupasan jangan lupa untuk lapkan pelembap bibir pada bahagian bibir yang mengelupas agar sentiasa segar dan memerah.

Terkupasnya sel kulit mati pada bibir ini, dapat merangsang kolagen dan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih lembut. Kulit bibir yang baru ini pastinya akan nampak merah dan segar.


3. SUSU

Susu sangat sering di gunakan untuk rawatan kecantikan, susu dapat melembutkan permukaan kulit dan memutihkan kulit badan. 

Oleh itu susu sangatlah sesuai di gunakan untuk memerahkan bibir secara alami. Susu mengandunggi zat yang di sebut Asid laktit. Fungsi asid laktit pada kulit manusia adalah menghalus dan memutihkan kulit.

Setelah bibir kamu yang hitam menjadi putih dengan menggunakan susu, pastinya pembuluh darah di bawah bibir akan lebih jelas kelihatan seterusnya penampilan bibir akan menjadi merah atau merah muda yang sangat cantik.

Permukaan kulit bibir kamu juga akan menjadi lembutjika menggunakan rawatan susu kerana sel kulit mati di tanggalkan oleh susu. 

Kamu hanya perlu sapukan bibir menggunakan susu 3 kali sehari untuk memerahkan bibir. Setelah Bibir menjadi merah, bolehlah kamu membuat sapuan susu pada bibir 1 minggu sekali.


 4. MINYAK ZAITUN

Cara memerahkan bibir yang seterusnya adalah dengan menggunakan minyak zaitun. Minyak zaitun adalah makanan yang sangat kaya dengan vitamin dan merupakan salah satu makanan sunah nabi kerana terdapatnya kebaikan yang kita dapat apabila di gunakan.

Kandungan vitamin E yang amat tinggi pada minyak zaitun dapat membantu kamu memutihkan kulit bibir yang menghitam.

Kamu hanya perlu sapukan minyak zaitun 3 kali sehari untuk tujuan rawatan memerahkan kulit bibir. Lakukan rawatan pagi,tengah hari dan malam. 


5. UBAT GIGI

Ya. Kamu boleh memerahkan bibir kamu dengan menggunakan ubat gigi, ubat gigi sangat di kaya dengan magnesium, selenium kalium,kalsium dan pelbagai lagi mineral yang baik untuk proses pemulihan kulit.

Cara memerahkan bibir dengan ubat gigi adalah dengan menggosokkan ubat gigi pada bibir yang menghitam dan kering, lalu biarkan selama 15 minit sehingga kering dan selepas itu cucilah dengan air bersih.


6. JAUHI SINAR MATAHARI

Bibir yang selalu terdadah kepada sinar matahari berpotensi menjadikan bibir menghitam dan mengering. kulit yang terdadah kepada cahaya matahari akan mengalakkan proses pengeluaran melanin. Pengeluaran dan penumpukkan melanin yang berlebihan akan mengakibatkan kulit menjadi hitam.

Oleh itu jika kamu seorang yang berkerja di bawah sinaran matahari dan ingin memiliki bibir yang merah, gunakanlah pelembab bibir setiap hari apabila berada di bawah sinar matahari.


7. BERHENTI MEROKOK

Merokok bukan sahaja berakibat buruk kepada kesihatan dalaman tubuh badan tetapi kesan buruk rokok ini berdampak juga kepada kesihatan kulit. Sering merokok akan meningkatkan penghasilanan melanin, seterusnya warna kulit akan bertukar menjadi hitam.

Oleh itu berhanti merokok adalah cara yang kamu harus lakukan jika menginginkan kulit bibir yang memerah. berhenti merokok bukan sahaja memerahkan bibir malah akan menyihatkan tubuh badan kamu.

Catat Ulasan for "6 Cara merahkan bibir secara kekal dan cepat"