Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Cara Pujuk Perempuan merajuk

 

cara pujuk perempuan merajuk
Cara memujuk perempuan. Img ijmaki from Pixabay 




Pujuk Awek Merajuk - Perempuan merajuk adalah perkara yang sangat biasa di lakukan oleh perempuan jika mereka marah kepada pasangan lelaki mereka. Mungkin merajuk kerana hal kecil sehingga merajuk daripada hal-hal yang serius.


Dalam perhubungan percintaan maupun perhubungan rumah tangga, pergaduhan adalah hal biasa terjadi. Tidak ada perhubungan yang akan kekal aman tanpa pergaduhan kerana manusia mempunyai hati, suatu hari pasti akan terguris hati pasangan tanpa di sedari dan mengakibatkan pasangan merajuk terutama wanita.


Apabila pergaduhan terjadi dalam perhubungan seseorang haruslah mengalah. Jika di lawan api bersama api. Api tidak akan padam. Oleh itu jika bergaduh dalam perhubungan, seharusnya salah seorang mestilah mengalah dan meminta maaf jika sumber pergaduhan itu daripada dirinya sendiri.


Jika pergaduhan terjadi dan kedua-dua belah pihak memiliki ego yang tinggi dan tidak mahu mengalah, itu menyebabkan perpisahan terjadi dan perhubungan tidak akan kekal. Jalan penyelesaian mudah adalah perpisahan.


Baiklah berbalik kepada tajuk utama artikel kita pada hari ini iaitu " Cara memujuk wanita yang merajuk". Bagaimanakah melakukannya. Di bawah ini kami kongsikan cara-cara untuk memujuk perempuan yang merajuk berkesan dan boleh kamu lakukan.


Sebelum itu, Jika artikel ini membawa manfaat kepada anda. Bolehlah share atikel ini ke media sosial, agar akan lebih banyak yang mendapat manfaat daripada artikel ini. button share media sosial ada di bawah artikel ini.



Cara Pujuk Perempuan Merajuk




1. MEMINTA MAAF, Cara Pujuk Perempuan merajuk 

Hal pertama yang kamu boleh lakukan untuki memujuk perempuan ketika mereka merajuk adalah meminta maaf. Minta maaflah kepada kekasih kamu jika pergaduhan dan kemarahan yang membuat si dia merajuk adalah berpunca daripada perbuatan kamu sendiri.


Mintalah maaf dengan ikhlas dan katakan kamu sangat menyesal pebuatan yang kamu lakukan melukai hatinya dan berjanji tidak akan lagi berbuat untuk kali yang kedua. Wanita amat senang saat mendengar apabila seseorang lelaki meminta maaf atas kesalahannya. Pasti akan membaikkan suasan hatinya yang marah dan merajuk waktu itu dan mula senyum kembali.






2. AJAK BERBUAL, Cara Pujuk Perempuan merajuk 

Ajak berbual apabila melihat pasangan perempuan kamu marahnya sudah sedikit menurun. Jangan sesekali buat tidak peduli kepadanya. Itu memperlihatkan kamu sangat tidak ambil peduli kepadanya. Wanita tidak menyukai itu.


Ajaklah berbual dan mulakann percakapan dengan nada yang lembut dan tanyakan apa yang kamu boleh buat untuk menenangkannya. Mungkin kamu boleh butakannya segelas air. Mahu tidak mahu pasti pasangan kamu akan mengambilnnya juga dan akan tersenyum, membuatkan hatinya tenang kembali.






3. MEMBERIKAN PUJIAN,  Cara Pujuk Perempuan merajuk 

Perempuan sangat suka apabila menerima pujian, terutama daripada orang yang mereka sukai. Akan membuatkan hatinya gembira dan melupakan kemarahannya. Oleh itu berikanlah pujian-pujian kepada peremuan yang merajuk.


Kamu boleh berkata, saat si perempuan itu marah dan merajuk dia kelihatan comel dan cantik. Pasti akan membuatnya tidak tertahan menahan senyum. Di situlah kamu boleh memulakan perbualan semula kepadanya.






4. PERKARA YANG DI SUKAI, Cara Pujuk Perempuan merajuk 

Cara untuk memujuk perempuan merajuk ke empat adalah dengan ajan wanita itu melakukan perkara-perkara yang di sukainya. Mungkin kekasih kamu sangat menyukai menonton wayang di pawagam, bolehlah kamu ajak kekasih kamu itu ke pawagam.


Mungkin akan agak sulit untuk mengajaknya keluar bersama kamu ketika wanita itu meraju, tetapi dengan usaha yang lebih sedikit daripada kamu, pastinya si dia akan mengikutinya. 


Selepas daripada melakukan perkara yang di sukainya pastinya, perempuan yang merajuk akan melupakan sedikit kemarahnya kepada kamu dan mulai tersenyum.






5. MEMBERIKAN HADIAH, Cara Pujuk Perempuan merajuk 

Perempuan sangat suka di berikan hadiah terutama daripada orang yang mereka cintai, hadiah tidak perlulah mahal. Mungkin kamu boleh memberinya hadiah makanan yang si dia sukai. Contohnya coklat, kfc dan starbuck.


Walaupun akan ada sedikit penolakan saat kamu memberikan hadiah itu ketika perempuan merajuk. Tetapi pastinya ia akan menerimanya juga. Dan di situlah hati marahnya akan mula membaik dan bolehlah kamu berbaik semula.






6. AMBIL PEDULI,  Cara Pujuk Perempuan merajuk 

Wanita sangat tidak suka kepada lelaki yang tidak mempedulikannya ketika perempuan merajuk. Itu bagaikan dia tidak berharga kepada kamu dan kurang di hargai. Pasti akan membuatnya tawar hati kepada kamu.


Ambillah peduli kepadanya, mungkin kamu boleh mengirimkan teks whatsapp bertanya samanada si wanita sudah makan atau belum atau masih marahkah jom jalan?. Bolehlah, asalkan kamu jangan terus berdiam diri dan berharap perempuan yang merajuk itu sendiri menghubungi kamu. Itu ego namanya.

Catat Ulasan for "6 Cara Pujuk Perempuan merajuk "