Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Cara alami ubati sakit gigi berlubang dengan cepat

 

ubat sakit gigi berlubang
ubat sakit gigi berlubang. Image by mohamed Hassan from Pixabay 


Sakit Gigi Berlubang - Sakit gigi yang di sebabkan oleh gigi berlubang adalah penyakit yang sering terjadi kepada manusia, Setiap orang pastinya pernah mengelami sakit gigi berlubang tidak kira kanak-kanak, dewasa maupun orang tua. 


Gigi berlubang terbentuk kebiasaanya adalah kerana lapisan enamel gigi yang menipis dan membentuk lubang kecil pada gigi, Sering kali lubang pada gigi yang terbentuk ini di biarkan dan lama-kelamaan lubang menjadi besar yang boleh mengakibatkan kesakitan gigi, sensitivit dan jangkitan bakteria.


Punca gigi berlubang adalah sangat berkait rapat dengan cara penjagaan gigi yang kurang baik. Membiarkan gigi tidak di bersihkan selepas makan boleh menyebabkan terjadinya kerosakkan pada gigi, ini kerana sisa makanan yang melakat pada gigi boleh memicu dan mempercepat pertumbuhan plak gigi yang mengakibatkan lubang pada gigi.


Berikut adalah antara punca gigi berlubang:

  • Kurang menjaga kebersihan mulut
  • Kurang pengambilan fluoride
  • Terlalu suka makan dan minum manis
  • Mulut kering
  • Penumpukan plak di gigi
  • Usia 
  • Penyakit

Itulah antara punca terjadinya gigi berlubang, kita tidak akan terangkannya satu persatu dalam artikel ini kerana sudah kami jelaskan di artikel sebelum ini di artikel bertajuk " Punca Gigi Berlubang ".


Baiklah berbalik kepada topik utama artikel pada hari ini itaitu cara alami ubati gigi berlubang dengan cepat, Apa saja untuk mengubati gigi berlubang. Mari lanjutkan membaca satu persatu cara rawatan gigi yang kami tuliskan di bawah.


Cara Sakit Ubati Gigi Berlubang




1. MEMBERSIHKAN GIGI

Gigi perlu di gosok dengan betul, sisa makanan dan plak yang tersembunyi di dalam gigi boleh menyebabkan kesakitan pada gigi berlubang. Plak dan sisa makanan yang tersembunyi dalam gigi itu akan mengundang pertumbuhan bakteria.


Oleh itu jika anda mengelami sakit gigi berlubang, membersihkan kekotoran yang terdapat di dalam lubang gigi adalah cara yang cepat untuk menghilangkan sakit gigi kerana akan membuang dan membunuh bakteria yang tersembunyi di dalam lubang gigi tersebut.





2. GARAM

Garam adalah bahan yang wajib ada di rumah, kerana ia adalah bahan wajib untuk di campurkan pada masakan untuk menambah perasa makanan.


Tahukah kamu di samping berguna untuk penambah perasa masakan. Garam boleh di gunakan untuk menghilangkan sakit gigi berlubang. Kandungan sodium padan karam mampu untuk menghilangkan sakit gigi berlubang ini kerana ia bersifat anti bakteria.


Walaupun agak ngilu sedikit jika di masukkan ke dalam mulut yang terdapat gigi berlubang tetapi lama-kelamaan ngilu gigi itu akan hilang juga dan akan muncul pula rasa selesa kerana sakit gigi yang hilang.


Cara aplikasikannya amatlah mudah, Ambil tiga sudu garam dan masukkan ke dalam segelas air suam dan berkumur-kumurlah dengan air garam tersebut.


Berkumur dalam 2 minit sehingga rasa sakit dan denyutan sakit gigi berlubang berkurang. Lakukan kumur-kumur setiap kali sakit gigi datang.






3. BAWANG PUTIH

Rampah satu ini mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat pelbagai penyakit ringan dan salah satunya adalah mengubati sakit gigi berlubang.


Bawang putih menggandugi antibiotik dan antibakteria yang sangat effective membunuh bakteria penyebab sakit gigi. 

Dapatkan satu labu bawang putih, tumbuk sehingga hancur, kemudaian sapukan pada bahagian gigi yang sakit dan masukkan sedikit di lubang. Sangat di galakkan untuk mencampur sedikti garam dalam bawang putih. Tapi kamu akan sedikit menderitalah. 


Tetapi walau menderita sedikit, kesakitan gigi akan menghilang. Ulangi rawatan jika sakit gigi berlubang berulang kembali.





4. BUNGA CENGKIH

Cara ke empat untuk menghilangkan sakit gigi berlubang adalah dengan mengigit bunga cengkih. Bunga cengkih mengandunggi zat antisiptik yang di sebut eugenol sehingga membuatkan ia sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan gigi.


Kamu boleh mengigit terus bunga cengih menggunakan gigi yang berlubang ataupun tumbuk halus bunga cengkih kemudian masukkan pada gigi berlubang.





5. ASAM JAWA

Asam jawa adalah bahan yang sangat berguna untuk merawat sakit gigi berlubang yang di sertai dengan pembenagkkan pada gigi.


Asam jawa akan mempecepat proses pembengkkan dan seterusnya menurunkan bengkak gigi, sakit gigi juga akan menghilang.


Cara menggunakan asam jawa sebagai rawatan sakit gigi belubang adalah lebih baik jika asam jawa di campur dengan Garam dan bawang putih.


Sediakan asam jawa dan gaul bersama garam dan bawang putih, kemudian masukkan gaulan asam jawa ke dalam gigi berlubang dan sampuka sedikit pada pipi di tempat terdapat kebengkkan gigi.





6. MAKAN PARACETAMOL

Walaupu bukan bahan alami tetapi kamu boleh gunakan paracetamol untuk menghilangkan kesakitan pada gigi berlubang yang anda alami. 


Paracetamol berfungsi mengurangkan pengeluaran hormon sakit dalam tubuh badan seterunya kamu tidak akan merasakan kesakitan gigi lagi.


Makan paracetamol sekali 2 biji dalam tempoh 6 jam , jangan lebih dari 2 biji sekali makan ya, kerana akan berakibat buruk.





7. AIS BATU

Kamu boleh menggunakan ais batu untuk menghilangkan kesakitan gigi buat sementara waku dengan membuatkan denyutan sakit gigi berlubang berkurang. 


Ais batu juga mengecutkan salur darah pada bahagian sakit gigi, sehingga menggurangkan sakit gigi.



Jika sakit gigi berlanjutan dan berulang, di sarankan untuk pergi ke klinik pergigian berhampiran anda, berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat rawatan yang sesua anda lakukan untuk merawat sakit gigi berlubang anda itu. 


Jika teruk lubang pada gigi itu biasanya doktor akan cadangkan untuk mencabut gigi, jika kerosakkan gigi tidak teruk biasanya gigi akan di tampal sahaja.


Berikut adalah sedikit cara untuk mengelakkan gigi berlubang yang anda boleh amalkan di rumah untuk kesihatan gigi anda dan terhindar dari sakit gigi.


Cara mengelakkan gigi berlubang:

  • Gosok gigi 2 kali sehari terutama selepas makan
  • Kurangkan makanan dan minuman manis
  • Kurangkan makanan berasid
  • Sentiasa membuat pemerikasaan gigi di klinik gigi
  • Makan makanan dengan kalsium tinggi
  • Minum teh hijau tanpa gula
  • Makan makanan yang mengandunggi fiber yang banyak


Catat Ulasan for "7 Cara alami ubati sakit gigi berlubang dengan cepat"