Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Cara pujuk perempuan selepas bergaduh, Cairkan hati kekasih kamu dengan cara ini

 

Pujuk Perempuan
Pujuk Perempuan Img by mohamed from Pixabay



Cara Pujuk Perempuan - Dalam perhubungan cinta, berlakunya pergaduhan dan pertengkaran adalah perkara yang biasa. Tetapi selepas pertengkaran terjadi antara pasangan kekasih, perempuan lah yang berlebihan emosi dan merajuk.


Sudah tidak asing lagi setiap kali bergaduh wanitalah yang meraju, kerana itu adalah sifat semula jadi mereka dan wanita adalah adalah makhluk yang sangat mudah tersinggung hatinya. Lebih lagi jika bergaduh dengan orang yang mereka cintai, pastinya akan lebih terasa hati mereka.


Dan juga jika wanita sudah sangat marah kepada pasangannya pastinya, selepas marah besar mereka akan mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan kekasihnya atau bahasa mudahnya " Merajuk" . Inilah hal yang sangat di takuti oleh lelaki, kerana bukan senang untuk memujuk perempuan yang merajuk.


Untuk memujuk perempuan merajuk, memanglah amat sulit. Jika perempuan itu memiliki ego yang tinggi, lagilah sangat susah untuk di pujuk. Namun kalau sudah namanya perempuan, jika di pujuk oleh lelaki yang di cintainya, pastinya akan membuat mereka senang hati dan melupakan amarah mereka.


Kepada lelaki yang ingin memujuk kekasih mereka, mungkin cara pujuk perempuan yang kami kongsikan di artikel ini boleh membantu kamu mengambalikan senyuman di bibir pasangan kamu.


Baiklah apa saja cara untuk pujuk perempuan, silakan baca cara yang kami kogsikan di bawah ini. Jika artikel ini mendatangkan manfaat kepada anda jangan lupa untuk share ke media sosial, button share ke media sosial ada di bawah artikel ini, tekan dan share. Amat mudah.


Cara Pujuk Perempuan 




1. MEMINTA MAAF

Jika penyebab perempuan itu marah dan merajuk kerana kesalahan yang kamu lakukan, cara yang terbaik untuk memujuknya adalah dengan memohon maaf kepadanya. Memohon maaflah kepadanya dengan telus dan ikhlas dan berjanji tidak akan mengulangi kembali kesalahan yang kamu lakukan itu dan kamu amat menyesal membuat hatinya sedih.


Dengan meminta maaf kepadanya, Itu memperlihatkan kamu sangat peduli dengan perasaannya dan sangat ingin memperbaiki perhubungan kamu dan tidak mahu melanjutkan pergaduhan lagi.


Walaupun bukan kamu yang salah, itulah sifat perempuan sangat sukar untuk mengalah. Terpaksalah kamu yang mengalah.






2. JANGAN BERTENGKAR

Berlawan cakap atau bertengkar dengan perempuan sememangnya amat jarang lelaki memenanginya kerana perempuan boleh mengeluarkan hal-hal kesalahan kamu 10 tahun lalu. Jadi cara terbaik adalah biarkan sahaja kekasih kamu marah-marah sendiri.


Jika kamu juga ikut bertengkar dan emosi, akan memburukkan lagi situasi pergaduhan kamu dan membuatkan perempuan itu lebih merajuk. Api kalau di tambah minyak lagi maraklah api tu.


Oleh itu biarkan sehingga marahnya mereda dan barulah kamu memulakan perbualan, mulakan perbualan dengan suara yang rendah jangan meninggikan suara.






3. BERIKAN MASA 

Sebagai lelaki kamu harus memahami perasaan pasangan kamu, jika selepas kamu memohon maaf kepadanya kekasih kamu masih lagi merajuk, berikanlah kekasih kamu masa untuk bersendirian dan memikirkan hal pergaduhan tersebut.


Mungkin dengan membiarkannya sedirian, dapatlah ia memikirkan baik dan buruk untuk melanjutkan merajuk adan kemarahannya. Setelah kamu memberikannya masa, datanglah kepada kekasih kamu dan mulalah memujuknya lagi. Pasti selepas itu kamu akan berjaya memujuknya.






4. MEMBUATNYA BERGURAU DAN KETAWA

Perempuan sangat mudah terhibur dan ketawa jika pasangan yang di cintainya ajak bergurau, dia tidak akan dapat menahan ketawa saat kamu melakukan perkara-perkara lucu kepadanya.


Tapi gurauan janganlah sampai berlebihan, kerana jika berlebihan mungkin akan lebih memburukkan suasana hatinya dan terus merajuk.






5. KEPEDULIAN

Tunjukkanlah kamu sangat peduli kepadanya, Walaupun mungkin susah untuk kamu mengajaknya berbual sewaktu sedang marah. Tanyakan saja si dia sudah makan ke, atau masih marah kepada kamu, ataupun si dia sihat atau tidak.


Apa sahaja yang boleh kamu lakukan untuk memperlihatkan kepedulian dirimu terhadap dirinya. Saat itu dia akan sedar betapa kamu sangan menyayanginya walaupun si dia marah dan tidak melayan kamu, tetap peduli kepadanya.






6. LAKUKAN KEJUTAN KECIL

Boleh saja kamu melakukan kejutan kecil kepadanya, dengan memberikannya hadiah yang mungkin kekasih kamu sukai, hadiah paling senang adalah dengan memberikannya makanan yang kekasih kamu sukai, mungkin kekasih kamu menyukai kek, bolehlah kamu berikan kek kepadanya.


Perempuan sangat jarang menolak hadiah yang di berikan, terlebih jika hadiah itu di berikan oleh lelaki yang di cintainya dan hadiah itu adalah benda yang di sukainya. Pasti akan membuatnya senyum kembali dan berhenti merajuk.






7. PERKARA YANG DI SUKAI

Cara untuk memujuk perempuan yang terakhir adalah dengan ajak perempuan untuk melakukan perkara yang di sukainya. Mungkin kekasih kamu sangat suka pergi ke panggung wayang, bolehlah kamu ajaknya pergi ke panggung dan melihat wayang.


Pasti dengan melakukan perkara-perkara yang di sukainya, si dia akan melupakan merajuknya dan akan mula berbual dengan kamu.



Baiklah, itulah antara cara pujuk perempuan yang kamu boleh manfaatkan, selamat mencuba dan berjaya memujuk pasangan anda masing- masing.


Cara Pujuk Perempuan, cara memujuk, Ayat pujuk , wanita merajuk ,Perempuan marah, Bergaduh, Kekasih merajuk

Catat Ulasan for "7 Cara pujuk perempuan selepas bergaduh, Cairkan hati kekasih kamu dengan cara ini"