Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Penyebab terjadinya gastrik yang anda wajib ketauhi

 

punca gastrik
punca gastrik dan cara merawat . Yuris Alhumaydy on Unsplash



Penyebab Gastrik ( Gastritis ) - Sakit gastrik adalah sakit pada bahagian perut yang mungkin mengalami peradangan , luka dan pembangkakan . Setiap orang pasti akan pernah mengalami gastrik kerana masalah ini sangat berkait rapat dengan gaya hidup anda dan pemakanan sehari-hari kamu.



Biasanya gastrik di tandai dengan beberapa tanda dan simptom seperti :

  • Sakit perut
  • Muntah
  • Cirit -birit
  • Cecair kuning pahit keluar melalui muntah
  • Benda seperti serbuk kopi keluar melalui muntah
  • Ketidakhadaman ( Boleh di lihat melalui muntah, Makanan masih utuh menandakan ia tidak di hadam dengan baik)
  • Sakit ulu hati
  • Sendawa 
  • Sakit bahagian abdomen 

Ada dua jenis gastrik iaitu gastrik yang muncul secara tiba-tiba (gastrik akut) dan gastrik yang terjadi dalam jangka waktu yang lama dan berulang-ulang(gastrik kronik). Gastrik kronik jika tidak di rawat boleh menyebabkan ulser perut dan meningkatkan kemungkinan peratusan anda terkena kanser perut meningkat.


Sebenarnya gastrik cumalah sakit biasa dan kamu sendiri boleh merawatnya di rumah tanpa berjumpa dengan doktor . Jika anda mencari cara-cara untuk merawat gastrik bolehlah lawat artikel kami sebelum ini mengenai cara menghilangkan gastrik " Click di sini"



Baiklah seperti tajuk artikel kali ini, Apa saja penyebab terjadinya gastrik .Silakan baca tulisan kami di bawah ini.


Penyebab Terjadinya Gastrik




1) ALKOHOL

Alkohol adalah salah satu penyebab terjadinya gastrik, Jika pengambilannya secara berlebihan dan mengambilnya setiap hari .Alkohol adalah bahan yang bersifat panas dan menghakis,oleh itu jika di ambil secara berlebihan ,alkohol akan menghakis lapisan perut , Apabila lapisan ini terhakis ,perut akan lebih mudah terkena asid pengadaman .


Oleh itu di sarankan jika kamu seorang pecandu alkohol, Hentikan dahulu kegiatan meminum alkohol anda sementera waktu , Untuk memberikan ruang lapisan kulit anda sembuh.





2) JANGKITAN BAKTERIA HELICOBACTER PYLORI

Sudah sekitar 50 peratus penduduk dunia di jangkiti bakteria ini.Bakteria ini biasnya merebak dari seorang individu kepada individu lain ,melalui makanan dan air tercemar . Oleh itu, sewaktu pengambilan makanan cuci dahulu tangan anda jika selepas melakukan aktiviti, kamu tidak tahu jika tangan kamu memiliki bakteria ini ,kenalah hati-hati sebelum terkena


Bakteria ini adalah faktor yang lazim menjadi penyebab gastrik terjadi.Bakteria H.Pylori ini berkemampuan untuk menjangkiti dan menghakis lapisan perut sehingga terjadinya luka , yang menyebabkan bahgian perut terdedah kepada asid penghadaman .


3) TIDAK MAKAN/ TIDAK BERSERAPAN

Tidak menjamah makanan dalam sehari-hari boleh menyababkan gastrik terjadi. Perlu di ingat asid gastrik akan selalu ada di perut anda untuk menghadam makanan , dan jika tidak terdapat makanan di dalam perut , asid penghadaman ini akan mula menghakis lapisan kulit yang menyebabkan luka seterusnya menyebabkan gastrik terjadi.


Oleh itu makanlah makanan biar sedikit jika anda malah untuk menjamah makanan , 2 potong guih juga boleh asal ada makanan yang masuk perut.





4) UBAT TAHAN SAKIT

Biasanya apabila sakit kepala atau megrain pastinya mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen adalah pilihan cepat untuk meredakannya . Fungsi ubat tahan sakit ini adalah untuk mengurangkan pengeluaran hormon prostaglandin , Hormon ini berfungsi menyebabkan rasa sakit .


Selain fungsi hormon ini menyebabkan kesakitan, Hormon ini juga berfungsi untuk proses pengeluaran MUKUS perut , Mukus perut berfungsi untuk meneutralkan asid penghadaman . Kurangnya hormon ini akibat pengambilan ubat tahan sakit menyebabkan perut terdedah kepada asid penghadaman .





5) PENYAKIT AUTOIMUN

Penyakit yang boleh mendatangkan autoimun adalah penyakit hashimoto,diabetes fasa 1 dan kekurangan vitamin B12. Autoimun adalah keadaan di mana sistem imun tubuh badan menyerang tubuh badan.

Autoimun menyebabkan gastrik terjadi apabila sistem imun badan menyerang sel-sel yang membentuk lapisan perut iaitu lapisan yang menjadi penghalang perut terdadah terus kepada asid penghadaman.





6) USIA

Seiring perjalanan waktu, bukan sahaja luaran tubuh badan berubah tetapi organ-organ dalaman juga akan mengalami penurunan fungsinya. Seiring dengan peningkatan usia lapisan perut akan semakin menipis dan membuatkan bakteria H.pylori mudah menjangkiti perut.



7) MAKAN PEDAS

Bagi kamu yang mengemari makanan pedas dan memakan makanan padas hari-hari dan ketika ini kamu mengalami gastrik yang berulang-ulang . Kamu harus menghatikan hobi kamu makan makanan pedas itu .


Ini kerana makan makanan pedas secara berlebihan berpotensi untuk melukai perut anda, dengan menghentikan makan makanan pedas ,memberikan peluang kepada perut anda sembuh . Bukan tidak boleh makan pedas ,boleh ,tetapi pengambilannya janganlah terlalu kerap.





8) MEROKOK

Umum mengetauhi rokok mendatangkan komplikasi yang banyak pada tubuh badan ,salah satunya adalah merokok boleh menyebabkan gastrik .


Merokok boleh menyebabkan meningkatnya pengeluaran asid penghadaman secara perlebihan sekaligus menyebabkan asid yang berlebihan itu akan melukai menghakis dan menyebabkan perut mengalami luka.


Catat Ulasan for "8 Penyebab terjadinya gastrik yang anda wajib ketauhi"