Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Penyebab Utama Gigi berlubang

 


Penyebab gigi berlubang
Penyebab gigi berlubang. Image by mann-Ank from Pixabay .


Penyebab gigi berlubang - Gigi berlubang dan menimbulkan kesakitan bermula daripada masalah gigi yang kecil tetapi di biarkan sehinggalah terbentuk lubang yang besar pada gigi.


Gigi berlubang adalah keadaan di mana lapisan pertama yang keras iaitu  enamel pada gigi terhakis dan lapisan gigi yang kedua yang lembut terdedah. Bakteria kemudiannya memakan sedikit demi sedikit pemukaan gigi tersebut sehingga menjadikannya rapuh dan terbentuklah lubang yang besar.


Masalah gigi berlubang jika di biarkan dan tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya di klinik kesihatan doktor gigi akan menyebabkan masalah gigi yang serius dan akan sering memberikan kesakitan pada gigi kamu.


Kesakitan yang biasanya di sebabkan oleh gigi berlubang adalah, jangkitan bakteria,sensitiviti,gigi membengkak dan akhir sekali gigi akan tertanggal dengan sendirinya.


Kehadiran bakteria pemakan gigi boleh kamu lihat pada gigi yang berlubang dengan jelas. Akan muncul tompok hitam pada gigi yang menandakan bakteria sedang aktif merapuhkan gigi kamu. Proses mereputkan gigi oleh bakteria ini berlangsung dalam tempoh yang lama, memakan masa berbulan-bulan.


Oleh itu jika kamu menyedari adanya tompokkan hitam pada gigi berlubang kamu, segeralah mendapatkan nasihat doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Baiklah cukup dengan penerangan itu, berbalik kepada tajuk artikel kita pada hari ini iaitu penyebab utama gigi berlubang. Apakah penyebab utama lubang gigi terbentuk. Mari teruskan membaca artikel yang kami kongsikan di bawah ini.



Penyebab gigi berlubang



1. Pengambilan gula berlebihan

Gula jika di ambil secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. Antara kesan kesihatan yang di akibatkan oleh gula adalah gigi berlubang.



Apabila kamu mengambil makanan ataupun minuman yang mengandunggi gula yang tinggi. Bakteria dalam mulut kamu akan menukarkan gula menjadi asid yang berupaya mengikis lapisan enamel gigi yang keras. 


Lama-kelamaan lapisan enamel akan habis terkikis dan lapisan gigi ke dua yang lembut terdedah. Setelah itu senanglah bakteria merapuhkan gigi dan terbentuklah gigi berlubang.


Oleh itu untuk mengelakkan masalah gigi berlubang ini berlaku. Bolehlah kurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan gula yang tinggi mulai sekarang.




2. Makanan berasid

Makanan berasid, adalah makanan yang masam, bersifat menghakis. Di dalam rongga mulut makanan berasid masam seperti asam limau akan menghakis lapisan gigi kamu dan menipiskan gigi. sehingga terbentuk gigi berlubang.




3. Usia

Usia boleh menjejaskan kesihatan gigi. Apabila usia semakin meningkat, Gusi gigi akan menurun dan mendedahkan urat gigi. Kekotoran akan melekat pada urat gigi dan akan terjadi penempatan bakteria pada gigi tersebut.


Lama-kelamaan bakteria akan menumpuk banyak pada gigi tersebut. Bakteria akan menghasilkan asam untuk menghakis dan merapuhkan gigi.




4. Kebersihan mulut

Kebersihan mulut harus di jaga, Mengosok gigi dua kali sehari adalah sangat bermanfaat untuk menjadikan rongga mulut sentiasa bersih dan bebas daripada sisi-sisi makanan.


Sisa makanan yang melekat pada gigi dalam jangka waktu 1 hari akan mempercepatkan pembentukkan plak pada gigi yang menjadi penyebab gigi berlubang.


Teknik mengosok gigi juga harus di perhatikan agar gosokan gigi benar-benar mebuang sisa makanan dan plak yang menampal pada gigi.




5. Tumpukkan plak

Punca ke empat gigi berlubang adalah berlakunya tumpukan plak pada gigi. Tumpukan plak yang banyak pada gigi adalah kerana jaranya membuat pembersihan gigi.


Plak yang menumpuk terlalu lama akan berubah kepada kerang gigi yang akan melekat kuat pada gigi. Kerang gigi yang menampal kuat pada gigi akan merapuhkan permukaan enamel gigi dan seiringa dengan waktu karang gigi akan tanggal bersama-sama lapisan gigi dan terbentuklah gigi berlubang.




6. Florida yang tidak cukup

Kekurangan mineral florida akan menyebabkan gigi cepat terhakis oleh asam dan bakteria gigi. Mineral florida di hasilkan oleh badan untuk mengguatkan dan melindunggi gigi daripada hakisan. Oleh kerana sebab-sebab tertentu, kekurangan florida boleh berlaku.


Oleh itu pentingnya mendapatkan sumber mineral florida daripada sumber luar, Pasta gigi dan ubat kumur-kumur adalah sumber florida luaran yang dapat membantu mencukupkan kekurangan ini. Itulah mengapa pentingnya menggosok gigi 2 kali sehari.


 


7. Merokok

Jika kamu seorang perokok kamu boleh mudah terdedah kepada gigi berlubang, Tebiat merokok akan menyebabkan pertumbuhan bakteria lebih aktif dalam mulut dan juga menyebabkan gigi menjadi kuning.

Sekaligus menyebabkan gigi mudah reput dan membentuk lubang.




8. Penyakit

Menghidap penyakit tertentu boleh menyebabkan menyebabkan gigi berlubang . Misalnya penyakit Gastroesophageal reflux disease "GERD" . 


Penyakit gerd akan menyebabkan asam perut mengalir naik ke kerongkong hingga ke mulut. Lama-kelamaan asam perut akan mengikis permukaan gigi dan menimbulkan sesetivity gigi dan terbentunya lubang di gigi .




Catat Ulasan for "8 Penyebab Utama Gigi berlubang "