Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

9 Penyebab Terjadinya Tekanan Darah Rendah (hipotesi) Yang kamu Harus Tahu

 

tekanan darah rendah
Photo by Mockup Graphics on Unsplash


Pernahkah kamu mengalami tekanan darah rendah atau dalam perubatan di sebut 'HIPOTENSI', mungkin kamu pernah mengalaminya tetapi kamu tidak menyedarinya .



Tekanan darah rendah dapat di kesan melalui mesin pengecekan darah , apabila bacaan darah kamu 90/60 mmHg ,Itu bermakana kamu sedang mengalami tekanan darah rendah . Tekanan darah normal untuk manusia adalah 120/80 mmHg.




Mungkin kamu pernah mengalami pening tiba-tiba , mata berkunang-kunang ,pandangan kabur ,tiba-tiba lemah dan tidak sedap badan? Mungkin waktu itu kamu mengelami tekanan darah rendah.





Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab terjadinya tekanan darah rendah iaitu .






PENYEBAB TEKANAN DARAH RENDAH




1)  MENGANDUNG

Menurut american heart association , Mengandung  boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah rendah .


Biasanya mereka yang hamil akan mengalami tekanan darah rendah dalam tempoh 24 minggu  menggandung .


Ini di sebabkan perubahan sistem peredaran darah dalam tubuh yang berkembang dengan cepat,Sehingga tekanan darah cenderung turun.


Hal ini biasa terjadi dan biasanya tekanan darah rendah ini akan kembali normal setelah wanita yang menghadapi masalah ini melahirkan anak.





2) KEGAGALAN FUNGSI JANTUNG/ PENYAKIT JANTUNG

Seterusnya , sebab lain tekanan darah rendah adalah terdapatnya masalah kegagalan fungsi pada jantung.


 Denyutan jantung yang perlahan (bradikardial), masalah degupan jantung, serangan jantung dan disfungsi jantung boleh menyebabkan tekanan darah rendah .


Tekanan darah rendah terjadi adalah kerana jantung tidak dapat mempump darah dalam badan secara normal.






3) TERDAPAT GANGUAN PADA KELENJER ENDOKRIN

Terdapat gangguan pada kelenjer endokrin juga boleh meicu terjadinya tekanan darah rendah pada tubuh.


Pada umumnya ganguan pada kalenjer ini di sebabkan oleh beberapa penyakit seperti ,Penyakit gula rendah,penyakit addison,diabetes,penyakit paratiroid dan kelenjar tiroid yang kurang aktif.


Jika kamu menghidap beberapa penyakit itu , Tidak hairan kamu juga menghidap tekanan darah rendah kerana sumber penyebabnya sudah ada.






4) KURANG AIR

Masalah kurang air di sebut juga dehidrasi merupkan salah satu terjadinya tekanan darah rendah .Di saat tubuh badan kamu kekurangan air , Fungsi-fungsi badan akan terjejas dan tidak organ tidak berkerja secara normal.


Keadaan ini boleh menyebabkan badan menjadi lemah, pening dan muntah dan yang paling teruk kamu boleh pengsan .

Antara penyebab dehidrasi pada tubuh adalah
  • Badan mengeluarkan peluh terlalu banyak
  • Tidak meminum air secukupnya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Demam 




5) DARAH KURANG DALAM BADAN

Kekurangan darah juga boleh menyebabkan tekanan darah rendah . Hal ini mungkin di sebabkan Luka yang mengeluarkan banyak darah sehingga isipadu darah dalam tubuh kamu berkurang .

Bagi mereka yang terkana tekanan darah rendah akibat kurag darah , Menambah darah yang hilang adalah jalan cepat mengatasinya.





6) JANGKITAN KUMAN YANG TERUK (SEPSIS)

Sepsis terjadi apabila jangkitan kuman memasuki saluran darah. Hal ini amat serius dan boleh mengancam nyawa jika mereka yang mengalaminya tidak dirawat cepat. Keadaan ini di sebut septic shock.

Kuman yang memasuki seluran darah boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, Jangkitan kulit, jangkitan saluran kencing dan banyak lagi yang berkaitan organ-organ penting dalam badan.Itulah mengapa ia berpotensi membawa maut kerana kuman menyerang organ-organ penting dalam badan.





7) BAKTERIA DALAM DARAH

Dalam perubatan kehadiran bakteria di dalam darah di sebut sebagai septic shock . Ia berlaku apabila badan anda terkena jangkitan bakteria lalu bakteria itu memasuki pula seluran darah.

Hal ini boleh menyebabkan tekanan darah rendah  kerana , Apabila bakteria berada dalam seluran darah ia akan melepaskan toksid beracun di seluran darah dan meracuni darah manusia.





8) UBAT-UBATAN

Ada sesetengah ubat mempunyai fungsi untuk menambah kelebaran saluran darah terutama arteri dan mengurangkan kandungan cecair dalam badan .

Fungsi-fungsi ubat ini boleh memicu terjadinya tekanan darah rendah . Antara ubat yang boleh menyumbang masalah ini adalah.
  • Antidepresi
  • Diuretik
  • Calcium channel blockers
  • Ubat penyakit parkinson
  • Ubat mati pucuk
  • Beta blocker
  • Alfa blocker
  • Ubat masalah kebimbangan
  • Angiotensin ii receptor blocker
  • Angiotensin- converting enzyme (ACE) inhibitors




9) KURANG NUTRISI

Kurangnya vitamin B-12 dan folat dalam tubuh badan boleh menyebabkan sisterm tubuh gagal menghasilkan sel darah merah(anemia) yang secukupnya . Keadaan ini menyebabkan tekanan darah rendah.


Catat Ulasan for "9 Penyebab Terjadinya Tekanan Darah Rendah (hipotesi) Yang kamu Harus Tahu"