Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

14 Ayat pujuk kekasih yang ROMANTIK dan BERKESAN menyentuh hatinya


Ayat pujuk awek perempuan. Image by Photo Mix from Pixabay
Ayat pujuk awek perempuan. Image by Photo Mix from Pixabay 

Dalam perhubungan cinta, pastinya pada suatu hari akan terjadi pergaduhan yang di sebabkan oleh kelakuan pasangan, yang paling terkesan apabila pergaduhan berlaku adalah wanita. Mereka marah dan merekalah yang merajuk dan mula mendiamkan diri.


Apabila wanita mendiamkan diri, hal inilah yang sangat tidak di ingini oleh lelaki. Untuk lelaki perasaan mereka akan segera membaik selepas bergaduh, wanita pula sedikit sulit untuk membaiki perasaan mereka selepas bergaduh.


Sangat susah untuk memujuk seorang wanita yang marah besar dan mula mendiamkan diri atau merajuk. Kalau tidak tepat cara untuk memujuk kekasih kamu itu. Berkemungkinan merajuknya akan berlarutan sampai berminggu-minggu dan ada juga sehinga memakan masa berbulan. 


Oleh itu cara memujuk wanita yang berkesan adalah sangat perlu kamu terapkan. Mungkin kamu boleh membaca artikel kami sebelum ini untuk  memujuk awek kamu. kamu boleh baca artikel itu di sini " Cara Memujuk Perempuan. " 


Baiklah berbalik kepada tajuk artikel kami pada hari ini, Iaitu ayat untuk memujuk perempuan merajuk. Apa saja ayat permohonan maaf yang boleh kamu gunakan untuk memujuk hati kekasih kamu yang terluka dan mendiamkan diri.


Penggunaan ayat untuk memujuk wanita dengan berkesan adalah amat penting, ini adalah agar hatinya luluh dan ingin memaafkan kamu. Perasaannya juga akan memulih dan mula tersenyum kepada kamu jika ayat yang kamu gunakan berjaya menyentuh hatinya.


Ayat pujuk Perempuan Merajuk


1. Sebesar apapun kemarahan mu kepadaku, Tetapi kamu perlu tahu. Hatiku hanya untuk kamu. Maafkan aku, sayang.


2. Maafkan aku, sudah membuat kamu kecewa dan sedih. Aku tidak bermaksud membuat kamu marah, sayang, maafkan aku.


3. Saya, Aku sangat mohon maaf atas sikap egoku, kamu telah banyak besabar dengan ku, Aku sangan bertuh kerana tuhan mempertemukan aku dan kamu.


4. Walaupun harus menunggu lama untuk marahmu kepadaku berhenti, Aku akan setia dan sabar menantinya, Asalkan hatimu tetap milikku.


5. Setulus hati aku memohon maaf kepadamu, Jangan merajuk lagi, Aku binggung harus berbuat apa, Kamu sangat penting bagiku.


6. Mengapa rasa sakit dan rindu padamu ini tidak pernah berakhir? Aku harus melakukan apa agar kamu kembali tersenyum lagi kepadaku.


7. Aku terasa sunyi tanpa dirimu di sisiku, Mahukah kamu kembali semula di sisiku, dan memulai semula hubungan kita dari awal.


8. Aku percaya kepada takdir, dan aku percaya kepada cinta kita, Itulah sebabnya aku tahu kamu akan bersedia memafkan diriku.


9. Yang aku mahu hanyalah bersamamu sepanjang hidupku, Maafkan aku sayang, Aku mencintaimu.


10. Kemaafan tidak akan mengubah masa lalu, tetapi akan mengubah masa depan dalam perhubungan kita.


11. Apapun yang terjadi, Kamu adalah kekasihku untuk selamanya, Bolehkah kamu memaafkan kesalahan yang ku lakukan.


12. Maafkan aku ya sayang, Aku tahu kamu merajuk kerana kesalahan ku, Tapi percayalah aku sangat sayang kepadamu, tiada yang lain selain dirimu.


13. Sayang, walaupun ketika kamu marah, kamu tetap kelihatan sangat cantik, aku mencintaimu, maafkan aku ya.


14. Jantungku berdengup hanya untuk dirimu, Maafkan aku.


Itulah antara ayat memujuk wanita yang merajuk romatik yang mungkin kamu boleh manfaatkan untuk memujuk kekasih kamu. Bolehlah ubah-ubah sedikit ayat itu untuk memujuk kekasih kamu. Mungkin kamu tidak suka ayat yang terlalu romantik hehe


Selamat berjaya memujuk kekasih kamu.


Catat Ulasan for "14 Ayat pujuk kekasih yang ROMANTIK dan BERKESAN menyentuh hatinya"