Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 cara berkesan memujuk kekasih yang merajuk dan marah

cara berkesan memujuk kekasih yang  merajuk dan marah
Pujuk perempuan merajuk. Image by Erika from Pixabay .





Cara memujuk wanita - Bertengkar dan bergaduh dengan pasangan adalah perkara biasa di dalam perhubungan. Tiada perhubungan yang selamanya manis saja tanpa pergaduhan, pasti satu hari akan terjadi pergaduhan.


Baik pergaduhan dari hal yang kecil sehingga hal yang serius. Apapun penyebab pertengkaran tersebut, Salah seorang pasangan mestilah mengalah dan menenenagkan hati pasangannya untuk mempertahankan hubungan cinta tersebut.


Oleh itu, artikel hari ini akan berkongsikan tips untuk memujuk kekasih yang merajuk, Selalunya yang merajuk perempuan kan. Kalau lelaki senang saja mahu di pujuk, perempuan susah sikit, perlu usaha.




Tips Cara Memujuk Perempuan




1. MEMINTA MAAF

Jika pertengkaran dan pergaduhan adalah di sebabkan oleh perbuatan kamu yang melakukan kesalahan sehingga pasangan kamu marah, Maka ketepikanlah ego kamu dan meminta maaflah kepadanya.


Perlihatkan juga kamu meminta maaf secara bersungguh-sungguh dan tulus kepadanya. Jangan meminta maaf seperti bermain-main dan tidak bersungguh-sunggu, itu menampakkan kamu tidak serius memohon maaf.


Jika kamu meminta maaf secar tulus dan bersungguh. Pasangan kamu akan akan yakin bahawa kamu amat menyesali kesalahan yang kamu lakukan kepadanya. Pasti akan membuatkan hatinya lebih tenang dan tidak merajuk lagi.





2. AMBIL BERAT

Tanyakan kepada kekasih kamu yang merajuk, apa yang kamu boleh lakukan untuknya. Turunkan suara dengan lembut saat kamu bercakap dengannya. Jangan meniggikan suara, akan membuatkan mood merajuk pasangan kamu akan lebih memburuk.


Kamu boleh membuatkannya minuman dan bersikap manislah kepadanya, sehingga pasangan kamu yang merajuk tiada pilihan selain memberikan senyuman dan melupakan marahnya. Mudahlah untuk kamu memujuknya pada waktu itu.






3. KATAKAN ' I LOVE U'

Cara untuk memujuk kekasih yang merajuk ke tiga adalah dengan mengatakan "i love u ". Tidak cukup dengan mengungkapkan permintaan maaf ungkapkanlah juga perasaan cinta dan sayang kamu kepadanya. Pasti akan membuat mood merajuk kekasih kamu menurun dan mula tersenyum.


Ungkapan cinta yang ikhlas dan menyentuh hati pasangan kamu. Namun pastikan kamu mengatakannya dari hati dan bukan cuma bermain-main.







4. BERIKAN PUJIAN

Pasangan kekasih amat suka apabila menerima pujian daripada pasangan yang di cintainya. Itulah mengapa cara untuk memujuk pasangan merajuk adalah dengan memberikannya pujian.


Berikan pujian-pujian kecil kepada kekasih kamu yang sedang merajuk. Kekasih kamu pasti tidak akan boleh menahan senyuman, ketika kamu memujinya. Senanglah selepas itu kamu memujuk kekasih kamu.






5. HAL YANG IA SUKAI

Kamu boleh memujuk pasangan kekasih kamu yang merajuk dengan menajak kekasih kamu melakukan perkara yang ia sukai, Seperti menonton wayang, berjalan-jalan ataupun makan di restoren.


Kegiatan yang pasangan kamu sukai akan membantu menghilangkan kemerahan di dalam hatinya dan membuat kekasih kamu gembira kembali. Walaupun mungkin akan ada kos untuk tindakan ini, namun sangat berbaloi dapat memujuk kekasih kamu.







6. MEMBERIKAN HADIAH

Terutama perempuan, mereka sangat suka apabila pasangan meraka memberikan hadiah, Memberikannya hadian benda yang ia sukai. Contohnya jika pasangan kamu menyukai coklat berikanlah di coklat.


Tidak perlulah memberikan hadiah mahal, asalkan barang yang kamu berikan adalah barang yang pasangan kamu amat sukai. Pasti akan membuat hatinya membaik daripada merajuk.



Baiklah, itulah beberapa tips dan cara yang mungkin amat berguna untuk kamu untuk memujuk kekasih kamu yang sedang merajuk ketika ini, Di harap dapat bermanfaat kepada kamu dan berjayalah memujuk kekasih kamu itu.

Dan juga jika artikel ini bermanfaat kepada anda, jangan lupa share ke media sosial agar lebih banyak yang mendapat manfaat daripada tulisan artikel kami ini. Tombol share ada di bawah ini sahaja, klik dan share. Amat mudah.

Catat Ulasan for "6 cara berkesan memujuk kekasih yang merajuk dan marah"