Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Cara pujuk perempuan merajuk yang BERKESAN

 

Ayat pujuk perempuan
Cara memujuk Wanita. Image by Enrique from Pixabay 




Cara Pujuk Perempuan Merajuk - Dalam perhubungan rumah tangga mahupun percintaan tidak selalunya berjalan dengan lancar. Suatu hari pasti akan terjadi pergaduhan atau kamu melakukan sesuatu yang membuat seseorang wanita merajuk dan berasa kesal terhadap kamu.


Ketika merajuk pastinya si perempuan akan mendiamkan diri ataupun memerahi anda, kalau kamu balas kembali dengan memerahi dia, memang panjanglah merajuknya kekasih kamu itu.


Kerana kasih sayang, tentunya kamu kamu tidak ingin pergaduhan itu berlangsung dalam tempoh yang lama, nanti tawar hati pula si perempuan kepada kamu.


Untuk memperbaiki suasana, ada beberapa cara yang boleh kamu lakukan untuk memujuk perempuan agar tidak marah dan merajuk lagi yang mungkin kamu boleh cuba, mana tahu berhasil.



Cara memujuk perempuan merajuk 




1. TUJUKKAN KAMU AMBIL BERAT KEPADANYA

Ketika perempuan marah, tunjukkan kamu sanggat mengambil berat terhadapnya. Jika kamu yang menyebabkan si wanita marah, katakanlah bahawa kamu memahami perkara yang kamu lakukkan membuatnya marah dan merajuk.


Jangan tidak ambil peduli jika pasangan kamu merajuk. Jangan ambil tidak tahu. Kerana itu membuatkannya seperti tidak di hargai oleh kamu dan pelbagai prasangka buruk boleh muncul. Kamu tahulah perempuan kan.


Namun, Jika kekasih kamu memerlukan waktu untuk bertenang, berikan ia waktu untuk menenangkan diri, jangan di paksa. Setelah kemarahannya sudah mereda, cubalah untuk bercakap dengannya. Pasti tidak merajuk lagi.


Cara memujuk perempuan merajuk 


2. MENGAKUI KESILAPAN YANG KAMU LAKUKAN

Ini adalah perkara yang harus kamu lakukan jika sayang kepada kekasih kamu dan ingin memujuknya dengan cepat. Kamu harus mengakui kesilapan yang kamu lakukan yang membuatkannya marah.


Jangan cuba berputar belit jika memang itu kesalahan anda dan memang nyata anda lakukan, kerana jika kamu berputar belit akan bertambah lagi mejaruk kekasih kamu itu.


Berikan juga harapan, kamu tidak akan lagi mengulangi kesilapan yang sama di lain hari agar hatinya lembut dan lebih tenang.



Cara memujuk perempuan merajuk 


3. JANGAN DI BALAS JIKA PEREMPUAN MARAH

Jangan di balas ketika ia memarahi kamu, jika kesalahan yang kamu lakukan itu sememangnya nyata. Kerana jika anda berbalas bertangkar dengannya akan memperburuk lagi keadaan merajukknya itu.


Dalam pertengkarang macam-macam perkara kasar yang mungkin akan terkeluar daripada mulut kamu yang mungkin akan memperburuk situasi hatinya ketika itu. Kerana perkara biasa apabila emosi perkataan yang di keluarkan sememangnya tidak akan di fikirkan masak-masak, main hembus saja.






4. MEMINTA MAAF

Walaupun merajuk dan semarah manapun seseorang perempuan itu pastinya akan lembut hatinya jika kamu memohon maaf dengan ikhlas. Ucapkan maaf secara lembut kerana perbuatan kamu membuatnya marah.


Ucapkan juga kamu tidak mahu bergaduh lama-lama dengannya dan ingin berbaikan. Walaupun agak sulit, hatinya pasti tenang mendengar kata-kata kamu.



Cara memujuk perempuan merajuk 



5. UCAPKAN " I LOVE U"

Ucapan cinta akan meluluhkan hati kekasih anda . Jangan hanya meminta maaf, cara memujuk kekasih agar tidak merajuk lagi adalah dengan mengatakan " i love u" kepadanya.


Pastikan kamu mengucapkkanya dengan penuh perasaan, agar hatinya luluh dan gembira mendengar ucapan anda. Walaupun secara luaran menampakkan kekasih kamu masih merajuk, Tetapi di dalam hatinya akan berasa gembira mendengar ucapan kamu.






6. TERUS BERIKAN PERHATIAN

Walaupun kekasih kamu masih merajuk dan malas melakukan perbualan dengan kamu, Teruskan saja memberikannya perhatian. 


Dengan memberikan terus perhatian kepada pesangan kamu pasti akan membuatkannya gembira dan merasa kamu amat sayang kepadanya. Seterusnya pasti kekasih  kamu yang merajuk itu akan mahu berbaik semula dengan kamu, kerana kamu sangat memberikannya perhatian dan berasa dirinya di hargai oleh kamu.



Cara memujuk perempuan merajuk 



7. MENGAJAKNYA MELAKUKAN PERKARA YANG DI SUKAI

Sambil berusaha mengajak memulakan perbualan semula, Cubalah untuk mengajak kekasih kamu melakukan perkara-perkara yang di sukai oleh kekasih kamu.


Contohnya menonton wayang, berjalan-jalan dan makan. Perkara yang pasangan kamu sukai akan menghilangkan suasana buruk hatinya dan menghilankan merajuk kekasih kamu.







8. MEMBERIKAN HADIAH

Perempuan sangat suka ketika kekasihnya memberikannya hadiah, yang kamu berikan tidak semestinya mahal. Jika kekasih kamu menyukai coklat berikanlah berikanlah ia coklat. 


Memberikan hadiah makanan yang kekasih kamu sukai, adalah cara yang sangat berkesan untuk memujuk perempuan dan menghilangkan kemarahannya. Perempuan tidak akan tolak makanan yang ia sukai.




Cara memujuk perempuan merajuk 


Itulah antara beberapa cara yang kamu boleh lakukan untuk memujuk perempuan yang kamu sukai. Tetapi ingatlah jangan ulangi lagi kesilapan yang kamu lakukan yang membuatkannya merajuk kerana di lain hari jika perkara sama terjadi, mungkin amat sulit untuk kamu memujuk kekasih kamu itu.


Baiklah itu sahaja cara memujuk perempuan yang kamu cintai. Jika tips cara ini mendatangkan manfaat kepada kamu, jangan lupa share ke media sosial, button ada di bawah ini sahaja. Agar lebih banyak pasangan yang mendapat manfaat daripada tulisan artikel kami ini.

Catat Ulasan for "8 Cara pujuk perempuan merajuk yang BERKESAN"