Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hei Wanita!!! Inilah 9 ciri-ciri lelaki playboy kasanova

 

lelaki playboy
Pria player Image by Ryan McGuire from Pixabay .




Ciri-ciri lelaki player - Lelaki playboy atau lelaki mata keranjang kasanova adalah seorang lelaki yang menjadikan wanita sebagai bahan permainan sahaja, sudah puas buang. Begitulah kehidupan seorang lelaki playboy dalam mempermainkan hati dan perasaan wanita.


Perkara yang umum di kaitkan dengan lelaki player ini adalah rupa paras yang kacak, namun kacak bukanlah pengukur menjadikannya seorang playboy, jika di lihat di media sosial banyak saja lelaki muka pecah yang jadi playboy kan . Muka kacak hanya bonus saja.


Oleh itu sebaiknya kamu lebih mengetauhi tanda dan ciri seorang lelaki itu adalah seorang playboy .Teruskan membaca artikel kami di bawah ini.


Tanda Dan Ciri Kamu Bercinta Dengan Lelaki Playboy.




1) MEMPUNYAI LEBIH DARI SATU TELEFON

Lelaki playboy cenderung untuk memiliki lebih dari satu telefon bimbit, satu untuk kekasih sebenar dan satu lagi untuk para scandle . Ini membuatkan dia tidak kisah jika kamu melihat telefon bimbitnya. kerana kamu tidak akan menamui apa-apa di situ . 


Jika kamu mendapati teman lelaki kamu memiliki lebih dari 1 telefon bimbit dan dia bukanlah orang business, mungkin saja dia menyembunyikan hubungan dengan wanita lain di telefon bimbit yang 1 lagi.






2) MUDAH MEMBERIKAN KATA CINTA

Lelaki mata keranjang ini memang mudah mengungkap kata cinta, walau baru sehari dua perkenalan sudah menyatakan kata cintanya pada kamu, ini kerana perkataan cinta itu sebenarnya tiada makna baginya dan sangat selalu di lakukan dan di ucapkan membuatkan dia tidak segan untuk memancing wanita. 


Baginya jika cinta itu di tolak, tidak apa try lagi wanita lain . Jika kamu sedang berhubungan lelaki seperti ini, baik menjauhkan diri, nanti kamu akan menyesal di kemudian hari.






3) MEMBALAS MASEJ LAMBAT

Oleh kerana sangat ramai wanita yang bermasej dengannya, kadang-kala lelaki playboy ini akan lambat membalas masej whatsapp anda walaupun ketika itu kelihatannya dia online. Ini kerana dia sedang sibuk membalas masej taman wanitanya yang lain. Jadi beraturlah kamu satu-satu menunggu balasan masej dari lelaki ini.






4) DERINGAN TELEFON

Ketika kamu berjalan dengan seorang lelaki playboy, telefon lelaki itu akan selalu berdering pangilan dan deringan masej. Tetapi deringan itu tidak akan di ambil peduli oleh lelaki tersebut, ini kerana jika dia membalas atau menjawab pangilan tersebut, pecahlah rahsianya dia memiliki wanita lain. 







5) MEMPUNYAI RAMAI KENALAN WANITA

Lelaki playboy cenderung untuk memiliki ramai kawan wanita, walaupun ini tidak menjadi pengukur untuk mengangap seseorang lelaki itu playboy , tetapi kebiasaanya seseorang lelaki player memang memiliki ramai kawan wanita.


Ini adalah kerana dia sentisa tertarik kepada wanita dan jika ada peluang pastinya akan berkenalan dengan wanita, ini adalah tekniknya, jika dia putus dengan kekasihnya , dia mempunyai ramai calon untuk di jadikan kekasihnya.






6) MEMILIKI RAMAI BEKAS KEKASIH

Kerana sering bertukar-tukar wanita, lelaki playboy akan memiliki ramai bekas kekasih, wanita hanya seperti baju kepada seorang lelaki playboy. Setelah puas di pakai boleh buang begitu saja. Itulah konsep  dalam perhubungan yang di pegang oleh seorang lelaki playboy . Oleh itu jika kamu sekarang sedang berhubungan dengan lelaki yang ramai bekas kekasih baik jangan teruskan hubungan itu.





7) AJAK HUBUNGAN SEKS

Seorang lelaki playboy adalah seorang yang cuma ingin memuaskan nafsunya kepada wanita, selapas puas ia akan membuangnya, Lelaki playboy tidak akan mengakhiri perhubungan dengan perkahwinan, itulah mengapa dia memabawa kamu berhubungan seks.


Seorang lelaki yang seirus dalam perhubungan tidak akan ajak kamu berhubungan seks sebaliknya lelaki yang serius akan ajak kamu kahwin untuk menjalin hubungan yang sah.






8) PANDAI BERKATA-KATA

Seorang lelaki playboy memang sangat pandai berkata-kata dan bermulut manis ,lagi-lagi bab memuji wanita, mereka memang nombor 1. Wanita yang mudah cair dengan puji-pujian memang akan mudah termasuk ke dalam perangkap lelaki playboy .





9) TIDAK SELEKEH

Seorang lelaki playboy sangat menjaga penampilannya di khalayak ramai , walaupun pergi ke pasar pakaian pasti kemas dan tidak selekeh. Ini adalah untuk menarik mata-mata wanita dan jika terjumpa wanita yang cantik bolehlah berkenalan .


Catat Ulasan for "Hei Wanita!!! Inilah 9 ciri-ciri lelaki playboy kasanova"