Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ini 6 Cara Berkesan Halau dan hapuskan tikus yang berserang di rumah kamu

 

Tips halau tikus
Tips halau tikus. Image by Tibor Janosi Mozes from Pixabay .



Tips Halau dan hapuskan tikus - Tikus adalah binatang pembuat masalah yang sangat menggangu di rumah. Walaupun kecil kerosakkan yang boleh di buatnya boleh menyebabkan kamu kerugian beribu ringgit.


Tikus sangat gemar memutus wayar yang berpotensi menyebabkan litar pintas yang boleh  menyebabkan kebakaran rumah, Tikus juga sanag suka menggit-gigit perabot dan mencuri makanan di dalam rumah.


Mungkin kamu tidak tahu. Tahukah kamu, oleh kerana badan tikus yang kotor, tikus sangat senang  menjadi perumah kepada virus dan bakteria yang berbahaya kepada manusia . Virus dan bakteria yang menjadikan tikus sebagai perumah ini akan menjangkiti manusia melalui air liur,urin,tahi dan gigitan tikus. Baca  artikel kami sebelum ini mengenai "penyakit bawaan tikus".


Keberadaan tikus di rumah sangat sulit untuk di kesan kerana tikus adalah binatang yang hanya aktif pada malam hari ketika kamu nyenyak tidur. Baca juga artikel kami sebelum ini mengenai "tanda kehadiran tikus di rumah".



Jika kamu sudah menyedari kehadiran tikus di rumah bagaimana cara untuk menghalau tikus ini?. Lanjutkan baca tips halau tikus yang kami tuliskan di bawah ini.





Tips Cara Menghapus Dan Menghalau Tikus Di Rumah






1) MEMELIHARA KUCING

Jika Kamu seorang peminat kucing dan keluarga kamu tidak suka kucing inilah masanya untuk kamu membuat alasan memlihara kucing di rumah kamu hehe . Kucing memiliki sifat semula jadi sebagi pemangsa dan tikus memang makanan semuala jadinya . Melihat tikus berjalan-jalan di rumah kamu pasti kucing akan membunuhnya.


Namun setelah kucing membunuh tikus, hendaklah kamu buang bangkai tikus tu jangan biarkan kucing makan kerana kucing kamu berpotensi mendapat jangkitan cacing di perut kalau memakan tikus. Kalau kucing kamu jenis yang lasak dan asalnya memang biasa makan tikus , biarkan saja ai makan. Kalau kucing kamu jenis terperuk kat rumah dan manja, baik jangan kerana kucing rumah tidak tahan terhadap penyakit alami.







2) PERANGKAP TIKUS

Perangkap tikus kamu boleh dapatkan di kedai peralatan pertanian di daerah kamu dan harganya juga murah, sekitar 15 hingg 20 ringgit atau jika kamu kreatif bolehlah membuat perangkap tikus sendiri.


Letakkan perangkap tikus di lalauan yang menjadi rute harian tikus, isikan umpan kepala ikan, bua-buahan ataupun roti dan biarkan selama semalam . Lihatlah hasilnya di pagi hari pasti akan berisi tikus, tikus tidak pernah menolak makanan.







3) GAM TIKUS

Gam tikus adalah untuk membunuh dan memerangkap tikus, Gam tikus boleh kamu beli di kedai dengan harga sekitar 6 ke 10 ringgit . Letakkan gam tersebut di atas kotak dan teburkan makanan di sekeliling kepingan kotak yang sudah di pasang gam tikus itu .


Letakkan di tempat tikus selalu mencari makanan dan biarkan semalam. pasti berhasil memerangkap tikus. Walaupun tikus berpotensi terlepas dari gam ini tapi hidupnya juga tidak akan lama kerana sukar mencari makan akibat angota yang di seleputi gam , lama-kelamaan pasti mati.






4) SODA PENAIK

Soda penaik atau penaik tepung kuih boleh di jadikan sebagai racun untuk membunuh tikus dengan mencapur serbuk soda penaik pada makanan yang selalu di makan tikus . Taburkan saja soda pada makanan dan  biarkan semalam .


Tikus yang memakan soda penaik akan menyebabkan badannya mengembung dan akhirnya mati sedikit demi sedikit akibat tidak dapat menahan gas yang ada dalam badannya .







5) JANGAN SUMPAH TIKUS

Ini adalah tips untuk menghalau binatang perosak seperti tikus dan monyet iaitu jangan memaki dan menyumpah binatang tersebut. Perasan tidak jika kamu menyumpah binatang perosak ini, Kerosakkan yang di buatnya akan lebih parah dari sebelum ini . Dan segala datuk,nenek anak dan cucu binatang ini datang menaggangu kamu, cubalah sumpah kalau nak tau betul atau tidak.






6) LADA  HITAM

Kamu boleh menggunakan serbuk lada hitam untuk menghalau tikus, taburkan pada rute perjalanan tikus setiap hari . Oleh kerana tikus sangat bergantung pada penciumannya pasti ia akan meyedut ke dalam hidung serbuk lada hitam yang anda tabur.


Lada hitam mengandunggi piperine ,jika di sedut oleh tikus akan menyebabkan kerosakkan pada hidung tikus, pastinya akan membuatkan tikus jera datang ke rumah anda selepas itu .


Catat Ulasan for "Ini 6 Cara Berkesan Halau dan hapuskan tikus yang berserang di rumah kamu"