Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jarak tanam durian yang di syorkan pekebun durian berpengalaman

Jarak Tanam Durian
Jarak Tanam Durian .Photo by Wonderlane on Unsplash 

 


Jarak Tanam Pokok Buah - Jarak memainkan peranan penting dalam penanaman pokok buah. Tidak peduli apa jenis pokok buah sekalipun ,pemilihan jarak adalah sangat penting.


Jika kamu salah memilih jarak dalam penanaman pokok buah,akibatnya akan dapat di rasai ketika pohon buat tersebut sudah besar dan mengeluarkan hasil .


Antara akibat jika tersalah pilih jarak menanam pokok buah adalah :

  • Pokok tidak akan cukup cahaya matahari
  • Akan berlaku perebutan nutrisi antara akar pokok
  • Binatang perosak senang melompat dari satu pokok ke pokok yang lain
  • Pokok akan terdadah kepada kelembapan
  • Pokok mudah di serang penyakit
  • Daun duit / rumput perasit akan mudah tumbuh


Pemilihan jarak yang betul akan memastikan pohon buah yang kamu tanam mendapat cahaya yang mencukupi kerana jarak yang betul antara 1 pokok ke 1 pokok. 



Kerana jika pokok di tanam terlalu rapat, daun dah dahan pokok akan bertembung dan mengakibatkan pohon yang lebih randah dari pokok lain akan kekurangan sinaran matahari dan terbantut pembesarannya.



Antara Jarak Pokok Buah dalam 1 ekar tanah adalah:

  1. 40x40 kaki = 27 Pokok 1 ekar
  2. 35x35 kaki = 36 Pokok 1 ekar
  3. 30x30  kaki = 48 Pokok 1 ekar 
  4. 25x25  kaki = 55 Pokok 1 ekar  

Untuk penanaman pokok buah di kawasan bukit di sarankan untuk menggunakan ukuran jarak nombor 4  iaitu tanaman pokok buah sedikit rapat kerana  terdapat cerunan yang memastikan pokok sentiasa terkena matahari. 



Antara Kebaikan Mengunakan cadangan jarak ini adalah:


  • Memudahkan kawalan binatang perosak
  • Pokok buah akan lebih subur dan sihat
  • Pokok buah tidak mudah di serang penyakit
  • Kurang kelambapan pada batang dan dahan pokok buah menghalang pokok penumpang dan lumut tumbuh
  • Tidak terjadi perebutan nutrien antara akar
  • Pokok buah menerima cukup cahaya matahari
  • Buah yang di hasilkan oleh buah akan lebih besar dan banyak kerana cukupnya nutrien dan cahaya matahari



Cadangan ini adalah syoran jabatan pertanian dan pekebut-pekebun buah yang berpengalaman . Jadi keberhasilannya menggunakan jarak antara pokok ini memang sudah terbukti .


Catat Ulasan for "Jarak tanam durian yang di syorkan pekebun durian berpengalaman"