Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lebatkan dan suburkan bunga dengan 7 sisa dapur - MARI CUBA

 

Lebatkan pokok bunga
Lebatkan pokok bunga. Image by Larisa Koshkina from Pixabay 


Lebatkan Dan Suburkan Pohon Bunga - DI musim pendamik ini ramai wanita di luar sana yang sudah mula menanam bunga di halaman-halaman rumah mereka, sebelum ini mungkin sibuk dengan perkerjaan tapi kini mereka memiliki banyak waktu duduk di rumah akibat pendamik virus covid 19.



Bagi yang sudah terbiasa menanam bunga pastinya sudah tahu dan terbiasa dengan bahan-bahan buangan rumah yang boleh di gunakan untuk menyuburkan dan melebatkan bunga. Bagi yang baru berjinak untuk menanam bunga mungkin menghadapi masalah sikit untuk menyuburkan bunga dan cara paling senang adalah dengan membeli baja "NPK" yang ada terjual di nusry dan hardware.



Bagi mereka yang tidak tahu, Kamu tahu atau tidak bahan-bahan yang selalunya kamu buang dan di angap sampah biasanya , adalah bahan yang terbaik untuk menyuburkan dan melebatkan pohon bunga kamu .



Bukan sahaja untuk kegunaan bunga tapi jika kamu memiliki sayuran bolehlah kamu gunakan cara ini untuk menyuburkannya selain jimat ia juga adalah 100% organik dan bebas bahan kimia. jadi tidak perlu risau untuk memakan sayur yang kamu tanam itu.



Sebelum melanjutkan kepada topik artikel pada kali ini, jangan lupa share jika artikel ini bermanfaat kepada anda , Ini adalah agar orang lain juga dapat menerima manfaat dan kebaikan dari artikel ini. Button share ke media sosial ada di bawah . Terima kasih.






1) AIR BASUHAN BERAS

Sisa dapur yang anda boleh gunakana untuk menyuburkan dan melebatkan bunga anda adalah air basuhan beras . Air basuhan beras sebenarnya boleh kamu gunakan untuk menjaga kecantikan kulit jika di gunakan secara berterusan bakal benghalus dan memutihkan kulit ini kerana kayanya vitamin dan nutrisi yang ada di dalamnya .


Berbalik kepada bunga, Untuk bunga air basuhan beras akan memberikan kesuburan dan melebatkan bunga yang di hasilkan oleh pohon bunga. Biasanya selepas menyiram pohon bunga dengan air basuhan beras selama seminggu warna daun bunga juga akan berubah menadi hijau terang yang menandakan cukupnya nutrisi dalam pohon bunga.


Air basuhan beras juga akan mengalakkan tumbuhnya tunas-tunas baru pada dahan bunga. Tapi kamu kenalah kawal tunas baru bunga ini . Kenalah selalu di buang tunas yang muncul ini dan  tingalkan 3 hingga 5 tunas sahaja . Jika di biarkan banyak akan membazirkan nutrisi pula.






2) KOPI

Kalau ada sisia kopi selepas kamu minum tu jangan terus di buang sisanya kerana kopi boleh di gunakan untuk menyuburkan pohon bunga kamu. Sisa kopi berserta sebuknya itu bolehlah kamu siramkan di sekeliling pohon bunga . 


Selain menyuburkan bunga, serbuk kopi juga boleh menghalau makhluk-makhluk perosak mendekati pohon bunga anda , Sangan sesuailah di gunakan jika pohon  bunga kamu sering di ganggu serangga perosak.







3) UNCANG TEH

Sama seperti kopi, selepas kamu meminum airnya teh, jangan terus buang uncangnya di tong sampah pula, buang saja di pohon bunga kamu . Sisa teh dapat mengalakkan pohon bunga kamu mengeluarkan bunga yang lebat dan menyuburkan pohon tersebut.


Jika boleh, Uncang teh itu kamu koyakkan dan taburlah sisa teh dari uncang itu pada pohon tanaman bunga kamu. Kalau letak bersama uncang juga boleh , tapi menarik perhatian untuk semut bersarang pula di bawah uncang itu nanti.






4) AIR CUCIAN IKAN 

Air cucuin ikan selepas potong ikan jangan di sia-siakan kerana ia penuh dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan pokok bunga dan mengalakkan pengeluaran bunga . Air basuhan ikan sebainya kamu simpan di dalam botol Untuk di muat mol.


Simpan air basuhan ikan berserta bahan-bahan buangan ikan yang lain seperti insang perut dan kepala ikan dalam botol untuk di buat mol . Dalam 24 jam biasanya sudah boleh di gunakan untuk menyiram pohon bunga. Tapi kalau mahu lebih berkesan  peramkan selama 2 hingga 4 hari , tapi baunya memang kuatlah ,anda tahan saja. Air mol ikan akan mengalakkan pengeluaran bunga baru dan menyihatkan pokok bunga.



Air mol sisa ikan bukan sahaja boleh kamu gunakan untuk pohon bunga tapi amatlah sesuai untuk sayuran dan lada . Untuk siraman cadangan , Lakukan siraman mol ikan 1 kali dalam seminggu sahaja nanti terlebih baja pula bunga tu, bunga tiada yang banyak cuma daun hijau dan satu lagi kalau di lakukan secera kerap akan mendatangkan bau yang kurang enak dan mengangu, sangat tak baik jika duduk rumah teres, kalau rumah kampung tak apala.








5) HABUK PAPAN

Biasanya apa yang akan kamu buat dengan habuk sisa pemotongan papan .Kebiasaanya kamu buang sahaja kan . Kali ini jika suami kamu memotong papan.Mintalah habuk sisa papan lepas di potong itu.


Habuk papan sangan baik sebagai baja jangka panjang untuk pohon bunga, selain itu habuk papan juga dapat mengamburkan tanah dalam pasu bunga , taklah padat . kerana semakin hari semakin padan tanah dalam pasu bunga tu, dangan adanya serbuk papan di campurkan bersama tanah, automatik tanah akan menjadi gambur.








6) BANGKAI BINATANG PEROSAK

 Biasanya siputlah yang selalu menyerang pokok bunga yang baru di tenam , kerana pucuknya yang manis menarik perhatin siput untuk datang dan memakan pucuk bunga tersebut. Untuk menagkap siput ini. Biasanya akan keluar pada waktu malam . Jika dah nampak siput tu ,jangan buang masa pijak terus . Bangai siput itu bolehlah kamu kuburkan di dalam pasu pokok bunga kamu. 


Bangkai siput boleh memberikan nutrisi  jangka panjang untuk tanaman pasu kamu . Jimat sikit masa kamu untuk membaja bunga .







7) SISI MAKANAN

Sisa-sisa makanan seperti nasi,sayur,tulang dan sisa-sisa lauk boleh kamu jadikan kompus untuk . Sediakan satu bekas untuk menyimpan sisa makanan yang mempunyai lubang di bawahnya ,lubang tu untuk pengeluaran air . Kemudian buanglah sisa makanan ke dalam bekas itu kemudian gaul dengan tanah ,lakukan berulang-ulang sampailah bekas itu penuh . Peramkan 1 bulan bolehlah di gunakan untuk menanam terus pokok ataupun top up tanah dalam pasu .












Catat Ulasan for "Lebatkan dan suburkan bunga dengan 7 sisa dapur - MARI CUBA"