Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pohon Buah anda tidak mengeluarkan buah ? cuba 4 cara konvesional ini. DI jamin berhasil

 

Pohon buah tidak berbuah
Pohon buah tidak berbuah . Image by Hans Braxmeier from Pixabay 




Cara Membuahkan Pokok Buah - Selelaunya jika pohon buah tidak mengeluarkan buah setelah berpuluh tahun apa yang anda akan lakukan ?.


Adakah anda akan terus tebang dan buang pohon buah tersebut? . Jika itu yang anda lakukan ,tersangat rugilah anda , kerana sudah menjaga pohon tersebut puluh-puluh tahun dan belum pernah mengeluarkan hasil buah . Di tebang pula.


Sebenarnya ada cara konvesional untuk memaksa pohon buah untuk mengeluarkan bunga dan seterusnya menghasilkan buah.


Cara memaksa pohon buah mengeluarkan buah ini sebenarnya sudah di lakukan secara konvesional sejak zaman dahulu lagi. Mungkin anda kurang mengetauhinya. Kalau anda orang kampung pasti tahu cara konvesional ini.


Tetapi untuk melakukan paksaan pokok mengeluarkan buah ini ada beberapa syarat yang harus di penuhi , Ia adalah untuk mengelakkan pohon mati semasa proses paksaan.


Syarat itu adalah :


  • Pohon itu tidak di jangkiti sebarang penyakit.
Nak lihat penyakit, lihat pohon , daun dan keadaan pokok itu . Jika mempunyai kelainan seperti daun kuning , berbintik, dan pokok dahan rapuh . Kemungkinan pokok buah itu sedang di serang penyakit.


  • Pokok dalam keadaan sihat.
Pokok buah yang ingin di paksa berbuah mestilah dalam keadaan sihat . Pokok yang sihat memiliki ranting yang banyak dan mempunyai daun yang hijau bersinar tanpa kecacatan.


  • Pokok tidak di serang serangga perosak
Syarat ke tiga adalah , pokok haruslah tidak di serang serangga perosak yang merosakkan batang dan daun pokok buah.


  • Pokok buah sudah berhenti membesar
Pokok buah yang ingin di paksa berbuah, haruslah pokok yang sudah berhenti membesar pada tahun itu. Pokok yang sudah berhenti berkambang , tiada ranting dan pucuk baru yang muncul.



Jika syarat di atas sudah terpenuhi , Bolehlah sudah kamu melakukan proses paksaan membungai dan membuahkan pokok buah.





Cara-cara mengeluarkan buah pada pokok yang degil berbuah adalah seperti berikut.







1) MENGERINGKAN POKOK

Teknik paksaan  konvesional  pokok berbuah  ini sangat baik di lakukan semasa musim kemarau dan di musim taburan hujan hanya sedikit.



Caranya adalah dengan tidak memberikan air kepada pokok dalam tempoh tertentu sehingga pokok buah kelihatan layu dan ingin mati. Ini akan membuatkan pohon stress dan akan mengeluarkan bungga.



Sesudah pohon seperti ingin mati, Dengan tiba-tiba kamu banjiri pohon buah tersebut dengan air. Dengan menyiram batang dan keseluruhan cabang cabang akar pohon buah itu.






2) KELARAN 

Teknik konvesional kelaran di lakukan pada dahan-dahan pohon buah yang ingin di buahkan . Kelaran pada dahan di lakukan pad kulit dahan itu . 



Kelar secara bulatan , seperti gelang satu sisi bertemu 1 sisi yang lain. Lebar kelaran adalah sekitar 3-5 cm sahaja, jangan terlalu besar nanti dahan mati.



Kelaran ini adalah untuk melambatkan proses penghantaran nutrisi pokok tersebut dan membuatkan pohon itu stress lalu mengeluarkan buah.







3) MELUKAI

Melukai pokok adalah salah satu cara untuk membuatkan pokok berasa seperti ingin di matikan dan membuatkan pokok stress lalu mengeluarkan bunga untuk menghasilkan buah . Ini adalah prose semula jadi pokok untuk memberikan benih penerus apabila pohon itu mati.



Cara melukai pohon boleh di lakukan dengan pelbagai alat seperti:

  • Menatak-natak pokok buah dengan parang . Tatakan harus mencapai kayu pohon yang berada di bawah kulit pohon buah. Jumlah tetakan bergantung pada saiz pokok tersebut.
  • Memaku pokok dengan menggunakan paku . Pakukan pokok buah dalam jumlah tertentu bergantung saiz pokok. Paku harus di cabut apabila sudah mula berkatat. Paku berkarat boleh mematikan pokok.
  • Menuku-nukul pokok buah . Tukul sehingga kulit pokok buah pecah-pecah dengan menggunakan tukul, menggunakan benda selain tukul juka tidak apa-apa . 







4) IKAT/ JERUT

Prose ikatan di lakukan pada dahan-dahan pokok buah untuk memperlahankan proses fotosentesis dan penghantaran nutrisi di dalam pokok .


Caranya adalah dengan mengikat dahan-dahan pokok buah dengan menggunakan dawai . Ikatan haruslah ketat . Jika longar sia-sia sahaja.

















Catat Ulasan for "Pohon Buah anda tidak mengeluarkan buah ? cuba 4 cara konvesional ini. DI jamin berhasil"