Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Punca gigi berlubang yang harus kamu ketauhi

 

Punca gigi berlubang
Punca gigi berlubang. Image by Michal Jarmoluk from Pixabay 



Penyebab gigi berlubang- Masalah umum yang sering terjadi pada gigi adalah gigi berlubang, gigi berlubang biasanya akan menyebabkan orang yang mempunyai gigi berlubang terdedah kepada sakit gigi.


Bukan sahaja sakit gigi. Mereka yang mempunyai gigi berlubang akan menghadapi masalah gigi sensitive, jangkitan bakteria, dan juga gigi tanggal. Gigi berlubang jika di rawat awal boleh di sembuhkan dengan menampal lubang pada gigi tersebut. Tetapi kaedah penampalan ini hanya berlaku jika lubang yang terbentuk belum mencapai tingkat parah .


Jika keadaan lubang gigi sudah parah, cabutan gigi terpaksa di lakukan oleh doktor gigi. Ini adalah untuk menggelakkan implikasi pada gigi tersebut di kemudian hari.


Gigi berlubang adalah keadaan di mana permukaan enemel gigi di makan oleh bakteria yang mengakibatkan permukaan menjadi lebut dan rapuh. Gigi yang di serang bakteria dan dalam proses perapuhan ini biasanya akan terdapat tompokan hitam pada gigi tersebut yang menandakan terdapat bakteria pada gigi tersebut yang perlahan-lahan mereputkan permukaan gigi tersebut.


Baiklah berbalik kepada tajuk artikel kita pada hari ini, apakah punca-punca yang boleh mengakibatkan gigi berlubang dan pereputan gigi terjadi. Mari baca sampai habis artikel ini untuk lebih memahami seterusnya bolehlah kamu mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelakkan gigi berlubang.


Punca gigi berlubang.



1. kurang menjaga kebersihan mulut

Kurangya penjagaan secara teratur kebersihan mulut boleh menyebabkan kerosakkan pada gigi dan menyebabkan gigi berlubang.


Ini adalah kerana sisa-sisa makanan yang tertingal di celah-celah gigi selepas makan jika tidak di bersihkan akan memepercepatkan pertumbuhan plak di gigi.


Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, Haruslah membersihkan gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari ataupun setiap kali selepas makan. Bersihkan gigi dengan menggunakan pasta gigi, boleh juga menggunakan air kumur yang boleh di dapatkan di kedai.


Jika kamu kerap mengosok gigi dan masih menghidapi masalah gigi berlubang, cara gosokkan pada gigi kamu mungkin salah, lihatlah tutorial menggosok gigi yang betul.




2. Pengambilan makanan yang mengandunggi gula yang tinggi.

Gula berlebihan sangatlah tidak baik untuk badan dan atara penyebab munculnya pelbagai penyakit di tubuh manusia. Salah satu keburukan pengambilan gula adalah menyebabkan gigi berlubang.


Bakteria di dalam mulut akan menukar gula menjadi asid, dan asid yang di hasilkan daripada gula ini akan menghakis gigi secara perlahan-lahan. Proses hakisan ini akan berlaku dalam masa beberapa bulan. Lapisan pada gigi enamel yang keras, akan menjadi lembut dan menghasilkan lubang di gigi.




3. Merokok

Merokok boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria pada mulut akan lebih aktif dan bertambah,dan juga menyebabkan gigi menjadi kuning.


Nafas juga boleh berbau busuk. Pertumbuhan bakteria yang galak di sebabkan oleh rokok akan mempercepatkan proses pereputan gigi.




4. Kekurangan fluoride

Fluoride adalah mineral yang terbentuk secara semulajadi dalam mulut untuk melindunggi gigi daripada kerosakkan. Kekurangan penghasilan fluoride akan menyebabkan gigi sangat rapuh dan mudah di makan oleh bakteria mulut.


Itulah mengapa di anjurkan menggosok gigi dua kali sehari, kerana dalam pasta gigi terdapat mineral fluoride yang dapat mencukupkan mineral fluride yang di hasilkan oleh tubuh untuk melindunggi gigi.




5. Plak di biarkan lama

Plak gigi yang tidak di bersihkan pada gigi lama-kelamaan akan menjadi kerang gigi yang dapat menghilangkan mineral lapisan pelindung pada enamel gigi. 


Setelah lapisan pelindung gigi yang keras ini hilang, mudahlah bakteria untuk menghakis gigi kerana lapisan kedua pada gigi adalah lapisan gigi yang lembut dan mudah terhakis dan membentuk lubang gigi.




6. Mulut kering

Mulut kering adalah salah satu penyebab gigi berlubang. Mulut kering bemaksud kekurangan air liur dalam rongga mulut.


Air liur berfungsi mengikis sisa-sisa makanan yang berada pada mulut kamu kemudian menggeluarkannya melalui ludah kamu. Kekurangannya air liur akan menyebabkan kekotoran dan plak tidak dapat di hanyutkan keluar dari mulut.


Selain itu, air liur juga berfungsi mencegah bakteria dalam mulut menghasilkan asam yang boleh menghakis permukaan gigi.




7. Usia

Apabila usia sudah meningkat tua, Gusi gigi akan menurun dan akan mendedahkan akar gigi. Ini menyebabkan kekotoran sisa-sisa tertupuk pada akar gigi dan susuah di bersihkan.


Tumpukkan sisa yang melakat ini menyebabkan tumpukan bakteria penghakis gigi, dan terhasillah gigi berlubang.


Catat Ulasan for "7 Punca gigi berlubang yang harus kamu ketauhi"