Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Tips Cara Memutihkan dan haluskan kulit badan

cara memutihkan badan
Cara memutihkan badan. Image by Pexels from Pixabay.


Cantikkan Kulit - Memiliki kulit tubuh badan yang putih dan halus, tentu menjadi impian semua orang tidak kira wanita ataupun lelaki. Ini adalah kerana memiliki kulit yang halus dan putih membuatkan penampilan diri lebih menarik di pandang orang.


Untuk memiliki kulit yang cantik, terutama wanita mereka menggunakan pelbagai cara untuk mencantikkan kulit mereka termasuk menggunakan cara yang membahayakan diri mereka sendiri.Terutama lagi, mereka sering memilih produk dengan kesan pemutihan yang cepat pastinya akan lebih berbahaya kerana berkemungkinan mengandungi bahan kimia yang berlebihan di dalamnya ataupun produk itu menggunakan bahan kimia terlarang yang boleh merosakkan tubuh badan dan organ. Terutama produk pemutihan daripada china, anda harus berhati-hati.


Sebenarnya untuk mendapatkan kulit badan yang halus dan putih bukanlah susah. Boleh di lakukan dengan bahan-bahan alami yang selalu kamu gunakan . Tetapi silapnya kamu tidak mengetauhi bahan ini berguna untuk memutih dan menghaluskan kulit. Kalau ada cara alami untuk memutihkan kulit buat apa menggunakan bahan kosmitik yang mempunyai kimia kan.


Baiklah pada hari ini kami akan kongsikan tips cara untuk memutihkan dan menghalus kulit badan dengan bahan alami. Lanjutkan baca tips yang kami kongsikan di bawah ini. Jika bermanfaat kepada anda jangan lupa untuk share ke media sosial, button share ada di bawah artikel ini.




Tips cara memutihkan dan haluskan kulit badan




1) Beras putih dan haluskan kulit

Mungkin kamu tidak tahu, beras mentah sebelum menjadi nasi sebenarnya sangat bermanfaat untuk memutihkan dan haluskan tubuh badan. Penggunaan beras untuk memutih,menghalus dan menghilangkan jerawat sememangnya sudah menjadi tradisi dalam masyarakat melayu sejak dahulu lagi. 

Cara penggunaan beras untuk memutihkan kulit adalah:

  • Sediakan beras dengan jumlah yang kamu perlukan.
  • Cuci beras 1 kali dan rendam selam 1 jam untuk melembutkan beras.
  • Sesudah lembut, tumbuk beras menggunakan lesung, jika kamu ada blender bolehlah kamu menggunakan blender.
  • Kisar dan tumbuk sampai hancur sehingga berstruktur seperti pasta.
  • Setelah itu, sapukan pada bahagian badan yang kamu ingin haluskan dan putihkan.
  • Biarkan selama 15-30 minit sehingga kering agar khasiat beras dapat meresap ke kulit.
  • Setelah beras kering, bolehlah cuci ataupun kamu terus mandi juga boleh.
  • Lakukan 2 kali seminggu. Untuk kesan pemutihan dan penghalusan yang cepat bolehlah kamu melakukan rawatan kulit ini setiap 2 hari sekali.






2) Air beras, putih dan haluskan kulit

Selain menggunakan beras yang di tumbuk hancur untuk memutihkan dan menghaluskan kulit, kamu juga boleh menggunakan air cucian beras sebagai rawatan penghalus dan pemutih kulit. Air cucian beras sebagai pemutih dan penghalus kulit sudah diamalkan oleh wanita-wanita jepun secara tradisional sejak zaman dahulu lagi untuk rawatan kulit.


Cara menggunakan air beras sebagai pemutih dan penghalus kulit adalah :

  • Untuk elak pembaziran beras, ambillah air beras setiap kali kamu memasak beras untuk di makan.
  • Ketika kamu mencuci beras, buang air cucian beras yang pertama, air cucian beras yang ke dua hingga ke empat kamu simpan di tempat yang bersih.
  • Semasa mandi, gunakan air cucian beras untuk menyiram tubuh dan biarkan air beras itu melekat di tubuh kamu selama 5 minit.
  • Setelah 5 minit bolehlah mandi secara normal.
  • Lakukan setiap hari, dalam tempoh masa sebulan lihatlah hasilnya, pasti kulit tubuh kamu akan halus dan putih.






3)  Minyak kelapa, putih dan haluskan kulit

Minyak kelapa sememangnya sangat banyak manfaatnya untuk tubuh badan manusia. Ini adalah kerana minyak kelapa sangat berkhasiat dan menggandunggi vitamin yang tinggi. Salah satu manfaat minyak kelapa untuk manusai adalah dapat memutihkan dan menghaluskan kulit.


Kamu boleh menggunakan minyak kelapa sebagai rawatan tubuh untuk memutih dan menghaluskan kulit dengan menyapu minyak kelapa ke seluruh badan ketika kamu mandi .


Cara penggunaan minyak kelapa untuk putih dan haluskan kulit :

  • Sediakan minyak kelapa secukupnya untuk di sapu pada seluruh badan ketika sebelum mandi.
  • Sapukan minyak kelapa ke seluruh badan sebelum kamu mula mandi.
  • Biarkan selama 10-15 minit.
  • Sesudah itu bolehlah kamu mandi seperti biasa dan basuh bersih minyak tersebut dari kulit kamu, Jika ada tertinggal nanti akan menyebabkan ketidak selesaan.
  • Lakukan rawatan minyak kelapa 1 kali sehari untuk mendapatkan kulit yang putih dan halus dengan cepat .
  • Biasanya kulit badan akan halus dan putih dalam tempoh 3 minggu penggunaan , oleh itu dalam rawatan ini, kesebaran dan ketekunan anda adalah hal yang sangat penting.







4) Minum cukup air , putih dan haluskan kulit

Cara untuk memutihkan dan menghalukan kulit ke empat adalah dengan meminum cukup air setiap hari . Tahukah kamu bahawa tubuh badan manusia terdiri daripada 70-80 cecair. Oleh itu kekurangan cecair dalam tubuh badan akan berdampak buruk kepada kesihatan kulit . Kekurangan air dalam tubuh menyebabkan kulit terlihat kusam,kasar dan hitam.


Oleh itu meminum 7-8 gelas air sehari adalah penting jika kamu mahu mendapatkan kulit yang cantik. Bukan sahaja kulit menjadi cantik , organ dalaman kamu juga boleh berkejar secara normal tanpa ganguan kerana organ dalaman juga di operasikan oleh cecair.






5) Minyak zaitun, putih dan haluskan kulit

Cara setrusnya untuk memutihkan dan menghaluskan kulit adalah dengan menggunakan minyak zaitun. Minyak zaitun adalah salah satu makanan sunah nabi dan memang terbukti mempunyai pelbagai khasiat luaran dan dalaman tubuh badan. 


Minyak zaitun mengandung zat "linoleic acid " dan bahan antioksida iaitu " Polifeno" . Zat linoleic asid adalah untuk menjaga keseimbangan kadar air dalam kulit dan Polifeno pula melindunggi sel-sel kulit dari kerosakkan. Oleh itu dengan menggunakan minyak zaitun pastinya akan menyihatkan kulit seterusnya menghasilkan kulit yang halus dan putih secara alami.


Cara Penggunaan minyak zaitun untuk memutih dan haluskan kulit adalalah :

  • Sebelum mandi sediakan minyak zaitun yang cukup untuk di sapukan pada tubuh badan.
  • Mandilah seperti biasa.
  • Sesudah mandi, sapukan minyak zaitun pada tubuh badan, jangan terlalu banyak sapukan pada kulit, cukup sekedar minyak mengenai kulit sahaja.
  • Biarkan selama semalam.
  • Rawatan menggunakan minyak zaitun ini sangat sesuai di lakukan ketika kamu mahu tidur.
  • Lakukan rawatan setiap hari.






6) Lidah buaya, putih dan haluskan kulit

Lidah buaya adalah tumbuhan yang sangat banyak di gunakan dalam produk-produk kosmetik seluruh dunia, ini adalah kerana lidah buaya sangat banyak manfaat kepada kulit.


Lidah buaya mengandunggi zat yang di sebut "Aloesin" yang secara efektif membantutkan pembetukkan melanin pada kulit. Ini menghalang kulit menjadi hitam apabila terkena matahari .


Cara penggunaan lidah buaya sebagai pemutih dan penghalus kulit adalah :

  • Dapatkan 1 daun lidah buaya.
  • Potong dan picit gel yang terdapat dalam lidah buaya itu sehingga habis.
  • Gel lidah buaya itu kemudiannya sapukan pada bahagian kulit yang anda ingin halus dan putihkan.
  • Biarkan selama 15 minit atau lebih sehingga gel mengering.
  • Kemudian cucilah dengan air sehingga bersih.

Catat Ulasan for "6 Tips Cara Memutihkan dan haluskan kulit badan"